SITI NUR ZAWANI
Majoriti ketua bahagian Bersatu didakwa tidak bersetuju dengan usul mengangkat Presiden parti, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin sebagai Perdana Menteri ke-11.
Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam Podcast The Zaid Ibrahim malam tadi.
Wan Fayhsal berkata, tindakan tidak mengangkat nama Mahiaddin adalah untuk sebab yang jelas iaitu tidak mahu menyinggung rakan sekapal mereka, Pas.
“Majoriti ketua bahagian tidak bersetuju dengan usul untuk mengangkat Tan Sri Mahiaddi menjadi Perdana Menteri atau pun poster boy for obvious reason…
“Sebab kami tahu kalau kita buat macam ini, dia akan singgung Pas,” katanya.
Beliau berkata, dalam keadaan Bersatu sedang lemah dengan akaun dibekukan, mereka sangat bergantung harap dengan ihsan Pas.
Disebabkan itu katanya, mereka perlu menghormati dan memahami sensitiviti Pas terhadap perkara berkenaan.
“Dalam keadaan Bersatu tengah lemah, akaun dibekukan, ahli makin kekurangan, pejabat tutup, Bersatu amat amat bergantung kepada ihsan Pas di kawasan masing-masing. Jadi kita perlu menghormati dan memahami sensitiviti Pas,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan