| ||||
Umno/PAS:Surat Pelawaan Debat Sudah Dihantar Kepada Najib
Mesti tegas, jika libatkan dasar Islam
| Azamin Amin | |
KUALA LUMPUR (Hrkh) - Para pemimpin atau pendakwah Islam mestilah tegas dalam menyampaikan seruan agama Allah dalam apa jua perundingan dan perbincangan dengan pelbagai pihak khususnya melibatkan dasar-dasar dan ketentuan hukum agama. Sungguhpun pendekatan dakwah mempunyai pelbagai kaedah dan bentuk penyampaiannya seperti berlembut dan berhemah namun jika ianya melibatkan dasar dan hukum Islam, ianya mesti diterangkan secara jelas dan tegas. Demikian kata penceramah dalam kuliah bulanan pejabat Harakah, yang disampaikan oleh Ustaz Amran Talib kepada warga kerja media itu. "Sejarah telah menunjukkan, bagaimana ada perundingan dan perbincangan dibuat oleh golongan Bani Saqif daripada Taif dengan Nabi Muhammad S.A.W yang menuntut pelbagai syarat sebelum memeluk agama Islam. "Antarannya mereka mahu meminum arak, berzina, makan riba dan menyimpan berhala disayangi walaupun setelah memeluk Islam namun secara terang, tegas dan jelas Nabi Muhammad tidak membenarkan kerana ianya melanggar asas dan hukum agama yang diperintah oleh Allah SWT," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan. Akhirnya, walaupun Nabi menolak syarart-syarat mereka, namun Bani Saqif yang terkenal sebagai golongan bijak pandai itu mengambil keputusan untuk bernaung di bawah pemerintah Islam. "Dalam dakwah, ada masa kita berlembut dan ada masanya kita mesti tegas jika libatkan dasar. Justeru, tuan-tuan jangan bimbang, berdakwahlah nescaya Allah akan bantu dan memberi hidayah," katanya merujuk kisah seorang pendita yang berdialog dengan hanya seorang pengembala kambing berhubung dengan soal keimanan. Lebih menarik, kisah yang berlaku selepas kerajaan khalifah Abbasiyah itu menyaksikan dialog di antara keduanya, hanya menggunakan bahasa isyarat dan akhirnya pendita itu memeluk Islam dan berjanji akan menyeru kaumnya juga untuk melakukan hal yang sama, kata Amran. "Jika Allah berkehendak dan memberi bantuan, orang biasa seperti pengembala kambing pun boleh membuatkan seoarang pendita yang arif hal agama juga memeluk agama Islam. Maka berdoa-doalah bersungguh-sungguh dalam apa jua situasi yang berlaku, insya-allah Allah akan membantu kita," katanya dalam kuliah 45 minit itu. |
KONFLIK POLITIK KEDAH
Perkembangan terbaru politik tanah air ialah keluarnya Ahli Undangan DAP Kedah dari gabungan Pakatan Rakyat. Ini pada saya sesuatu yang mengecewakan. Tatakala kita sedang berusaha untuk menawan Malaysia pada PRU ke-13 akan datang, satu badai sudah melanda dan meretakkan hubungan antara parti dalam Pakatan Rakyat. Mungkin ada sesuatu yang berlku di balik tabir, atau ada dalang yang menggoda sehinga terjadi demikian, itu satu persoalan yang sukar dibaca setakat ini.
2. Apa yang berlaku di Kedah belum dapat ditafsir sepenuhnya. PAS bagaimanapun masih menguasai kerajaan negeri. PAS ada 16 kerusi, PKR 5, DAP satu, BN 14. Sukar bagi BN untuk menggugat Kedah sepertimana di Perak. Pakatan Rakyat masih ada 21 kerusi kalau ditolak satu kerusi DAP. Majoriti masih di tangan Pakatan Rakyat.
3. Sikap DAP dalam hal ini belum dapat diduga punca sebenarnya. Namun tentunya agak mengecewakan kejadian yang berlaku itu, dan ia pasti menguntungkan UMNO-BN. Adakah DAP sukar dipercayai? Penulis tidak dapat menjawabnya. Politik Malaysia bercorak berbilang kaum. Oleh itu hubungan antara kaum harus dijaga dan dihormati. Anggap saja kenyataan-kenyataan pemimpin DAP adalah kenyataan politik, berdasarkan keadaan politik semasa. Dengan itu tidak ada sebab untuk membenci antara satu sama lain. Mungkin ada yang melaga-lagakan antara PAS, DAP dan PKR dalam usaha untuk menumbangkan sebuah lagi kerajaan negeri di bawah PR. Riak air harus dapat dibaca oleh para pemimpin politik. Media memang memainkan peranan memecah-belahkan perpaduan Pakatan Rakyat, sehinggalah mereka puas hati dan dapat menguasai semula Malaysia.
4. Namun zaman sudah berubah. Sokongan kepada UMNO-BN kian berkurangan. Tidak siapa pun dapat menafikannya. Hubaya-hubayalah dengan apa yang berlaku di Kedah. Semoga Menteri Besar dapat menanganinya dengan baik. Dan kita pun mengharapkan kebaikan dan keamanan. Mudah-mudahan Kerajaan Pakatan tetap teguh, bahkan lebih teguh dari sebelum ini. Badai yang melanda hanya kecil sahaja, jadi tidak wajar melatah. Biarkan UMNO-BN melatah dengan media-media rasminya. Biarkan siluncai terjun dengan labu-labinya. Kita perlu teruskan kehidupan dan perjuangan yang belum selesai ini. Insyaallah.
AlKundangi,
http://alkundangi.blogspot.com
