"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dakwa dicekik guru


SIK MENG (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya selepas dikasari seorang guru, manakala ibunya, Geek Thing (kiri) menunjukkan kesan anaknya dicekik di Seberang Jaya semalam.
BUKIT MERTAJAM: Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di sini mendakwa trauma selepas dikasari oleh seorang guru di sekolah itu.
Mangsa, Tan Sik Meng, 19, pelajar tingkatan enam memberitahu, dia dikasari oleh guru tersebut selepas dia dikatakan bising sewaktu perhimpunan pagi kelmarin.
Menurutnya, selepas tamat perhimpunan kira-kira pukul 7.30 pagi, dia diarahkan untuk ke bilik guru.
"Dia (guru berkenaan) memang tidak berpuas hati dengan saya sebelum ini dan sengaja mencari alasan kononnya saya mengganggu pelajar lain semasa perhimpunan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Seberang Jaya di sini semalam.
-kosmo-

50 pekerja nuklear sanggup mati


GAMBAR yang disiarkan pada 24 Mac lalu menunjukkan kemusnahan loji nuklear Fukushima Daiichi di timur laut Jepun yang rosak akibat gegaran gempa bumi.
TOKYO: Ibu salah seorang pekerja loji nuklear Fukushima Daiichi yang rosak akibat gegaran gempa bumi kuat menyatakan anaknya dan pekerja lain menjangkakan mereka akan meninggal dunia akibat terkena radiasi tinggi, lapor sebuah akhbar semalam.
Anaknya itu merupakan antara 50 pekerja loji jana kuasa nuklear tersebut yang terdedah pada kadar radioaktif yang tinggi semasa melakukan kerja-kerja untuk menyejukkan reaktor selepas rosak akibat gegaran kuat hempa bumi pada 11 Mac lalu.
Gegaran kuat itu berlaku akibat gempa bumi yang berlaku di timur laut Jepun dekat dengan loji nuklear tersebut yang mencetuskan ombak tsunami.
Menurut ibu tersebut, semua pekerja yang berhempas-pulas menyelamatkan loji tersebut daripada menyebarkan radiasi menjangkakan mereka akan meninggal dunia dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Ibu itu yang bercakap menerusi jurubahasa melalui telefon berkata kepada stesen televisyen Fox News: "Anak lelaki saya dan rakan-rakannya telah membincangkan dengan panjang lebar dan mereka komited untuk mati jika ia perlu untuk menyelamatkan negara.
"Dia (anak lelakinya) telah menerima sepenuh hati bahawa mereka kemungkinan akan mati akibat sakit disebabkan radiasi dalam tempoh jangka pendek atau kanser dalam tempoh jangka panjang."
Sementara itu, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan semalam berkata, kebocoran radiasi daripada loji Fukushima Daiichi tidak membawa kesan terhadap kesihatan awam kecuali rakyat mematuhi nasihat kerajaan pada setiap masa.
"Jepun membuat keputusan bertindak di kawasan (pemindahan sekitar loji) berdasarkan nasihat dan cadangan pakar. Di Jepun, kita meminta penduduk supaya mematuhi peraturan kerana ia akan menjamin keselamatan dan kesihatan mereka," katanya. Negara itu juga buat kali telah menemui tahap radiasi melebihi paras selamat dalam daging-daging lembu berhampiran kawasan larangan loji nuklear.
Kementerian Kesihatan Jepun menjelaskan bahawa 510 becquerels sesium radioaktif dikesan dalam daging lembu dari Tenei, wilayah Fukushima, kira-kira 70 kilometer dari loji nuklear tersebut, menurut agensi berita Kyodo
Dalam kejadian gempa bumi dan tsunami itu, lebih 28,000 orang didapati terbunuh dan hilang.
-Agensi-

Siapa Idola Ketua Polis Negara ?

wfauzdin_ns
NONEHARI ini media melaporkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen.
Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Maka jelas, itu ada video lucah yang tulen. Ertinya apa? Ertinya, Rahim Thamby Chik beserta orang-orangnya terbukti menjadi `master mind' penayangan video lucah di khalayak ramai di sebuah hotel samada `berniat baik atau tidak'.

Persoalannya, adakah tayangan video lucah itu halal atau haram samada di sisi undang-undang negara mahupun hukum Islam? Di sisi perundangan negara, mungkin Peguam Negara atau Ketua Polis Negara mampu menjawabnya dengan lidah yang fasih. Manakala, di sisi hukum Islam pula, ada beberapa Ulamak telah memberi hukum yang jelas termasuk bekas Mufti Perlis Dr Asri, bekas Mufti Wilayah Hashim Yahya dan juga Mufti Perak sendiri.

Memadaikah Ketua Polis Negara hanya mengumumkan bahawa video lucah itu asli, tanpa menahan atau mendakwa Rahim Thamby Chik dan sekutunya itu? Soal pelakunnya, kita biarkan siasatan terus berjalan untuk mengenalpasti siapakah yang dikatakan pelakun porno berperut buncit itu. Yang penting, buktinya jelas iaitu video lucah itu asli dan mereka yang menayangkannya telah membuat pengakuan. Tunggu apa lagi? Adakah mahu ditunggu ujian DNA kepada pita rakaman tersebut?

Kepada Ketua Polis Negara, ini satu ujian buat kredibiliti beliau. Rakyat akan menilai samada beliau setaraf atau lebih rendah mahupun lebih tinggi darjatnya dengan bekas KPN terdahulu iaitu Haniff Omar, Rahim Noor dan Musa Hassan. Bila sebut Haniff Omar, kita teringat kisah beliau berkata di dalam mahkamah sewaktu menjadi saksi kes liwat I DS Anwar bahawa beliau tidak pernah jumpa ayat mengharamkan judi di dalam Al-Quran. Sebut Rahim Noor pula, teringat kisah mata lebam DS Anwar juga sewaktu fitnah liwat I. Musa Hassan, popular dengan kisah usung tilam keluar masuk mahkamah juga berkaitan dengan fitnah liwat I DS Anwar.

Kesemua bekas KPN tersebut ada rekod tersendiri terhadap kredibiliti PDRM dan kita harap KPN yang baru sekarang tidak menjadikan mereka itu sebagai `idola' beliau.