"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

4 lelaki menyamar polis rompak kedai emas

KOSMO
Empat orang suspek menyamar sebagai anggota polis ketika merompak kedai emas di Bradford pada Sabtu lalu. - YappApp
LONDON – Polis Bradford di Britain sedang memburu empat lelaki yang menyamar sebagai anggotanya ketika menyamun sebuah kedai emas, lapor portal berita MailOnline. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 11.18 pagi (waktu tempatan) di Chacha Jewellers di bandar Bradford pada 23 Ogos lalu. 

Seorang suspek dilihat mengenakan jaket hijau dengan tulisan ‘POLICE’ pada bahagian belakang, manakala seorang lagi memakai baju-T hitam yang memiliki logo polis. 

Dua lagi suspek hanya memakai kemeja berwarna putih. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan kumpulan itu masuk ke dalam kedai sebelum mengarahkan dua kakitangan keluar ke hadapan untuk ‘ditahan’. 

Seorang kakitangan digari, manakala seorang lagi melarikan diri sebelum kesemua suspek melarikan sejumlah barang kemas.

Detektif Inspektor dari Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Bradford, Dennise Bell berkata: “Kami sedang menjalankan siasatan berhubung rompakan ini.” – AGENSI

Polis kesan pemandu lori gilis ‘mak nyah’ hingga mati di Ipoh

FMT Reporters

Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata rakaman CCTV menunjukkan mangsa dikejar sebuah lori sebelum digilis.
Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata mayat lelaki berperwatakan wanita itu ditemui terbaring di lorong berhampiran Jalan Horley, Kampung Jawa pagi tadi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Polis sedang mengesan pemandu sebuah lori yang disyaki menggilis seorang lelaki berperwatakan wanita yang ditemui mati di lorong berhampiran Jalan Horley, Kampung Jawa di Ipoh, Perak pagi tadi.

Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mayat mangsa tanpa dokumen pengenalan diri itu ditemui pekerja hotel kira-kira 6 pagi tadi dalam keadaan terbaring berlumuran darah bersama rambut palsu berwarna perang.

Katanya, berdasarkan rakaman CCTV, kejadian berlaku pada 4.24 pagi apabila mangsa dikejar sebuah lori berwarna putih sebelum berlaku pergelutan dengan suspek yang memandu kenderaan itu.

“Mangsa kemudian terjatuh sebelum digilis dan ditinggalkan di tempat kejadian,” katanya yang dipetik Sinar Harian sebagai berkata.

Menurutnya, bedah siasat yang dijalankan terhadap mayat mangsa di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati punca kematian disebabkan kecederaan kepala dan dada.

Abang Zainal berkata, berdasarkan rakaman CCTV polis telah mengenal pasti pemilik serta pemandu lori itu dan sedang mengesannya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

Polis siasat kes bunuh lelaki digilis lori

Buletin TV3 
Kumaran Rajamoney
Mayat lelaki yang ditemui berlumuran darah di lorong berhampiran Jalan Horley, Ipoh, hari ini.
IPOH: Polis sedang menyiasat kes pembunuhan seorang lelaki yang ditemui maut dalam keadaan berlumuran darah di lorong berhampiran Jalan Horley, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, dalam kenyataannya memaklumkan mangsa yang lengkap berpakaian dijumpai kira-kira jam 6 pagi oleh seorang pekerja hotel sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.

Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala serta belakang badan.

Bagaimanapun, tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa.

Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa dikejar sebuah lori berwarna putih kira-kira jam 4.24 pagi sebelum berlaku pergaduhan dengan suspek.

“Mangsa kemudian jatuh di hadapan kenderaan tersebut sebelum digilis dan ditinggalkan di lokasi kejadian.

“Polis telah mengenal pasti pemilik serta pemandu lori berkenaan dan suspek kini sedang dikesan untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati punca kematian adalah kecederaan kepala dan dada akibat pelanggaran jalan raya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Komisioner Mahani Mohammed, di talian 019-261 8221 atau balai polis berdekatan.