"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perkara-perkara ajaib berlaku di Perak



Kekecuhan berlaku apabila segerombolan Samseng Umno melontarkan beberapa objek kepada penyokong Pakatan Rakyat yang sedang berhimpun di hadapan Pejabat DAP yang sedang mendengar penerangan yang disampaikan oleh beberapa pimpinan Pakatan Rakyat, terdiri daripada beberapa orang Ahli Parlimen Malaysia yang datang ke Perak untuk memberi sokongan dan simpati mereka terhadap perkembangan yang sedang berlaku di sini.

Batu, cawan dan bekas puntong rokok , tidak semena-mena boleh terbang ke udara dalam keadaan yang semakin kalut di Perak ini!

Memang banyak perkara - perkara keajaiban yang sedang berlaku ekoran kemelut politik yang sedang melanda negeri ku ini.

Antara keajaiban yang boleh membuat para peguam terkebil-kebil biji mata ialah :

Mahkamah Tinggi Ipoh memberi perintah bagi menghalang Speaker daripada memanggil sidang DUN yang kononnya tidak sah.

Saya tidak mahu ulas lanjut perkara tersebut.Setahu kita , sepatutnya ada 'separation of power' dan Speaker tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah.Saya bukan loyar dan bukan pakar perundangan, harap kalau ada loyar yang baca entri ini, tolonglah berikan pandangan.

Dan perkara yang nampak pelik dan amat ajaib oleh rakyat kebanyakan ialah bila mana Ahli Dewan Undangan Negeri bersidang di bawah pokok.Topik ini menjadi bualan hangat , tentunya di seluruh dunia.

Ini suatu perkara yang tidak pernah dibuat oleh orang lain walau macam mana miskin pun negeri tersebut; Timur Leste , yang merupakan negara termiskin dunia pun tidak pernah mengadakan sidang dewan negeri dibawah pokok!


Azalina Osman, yang pernah dikatakan sebagai seorang Lesbian dengan mulut celuparnya mengatakan persidangan tersebut sebagai 
menghina Sultan dan tidak bertamadun (perangai Umno biasalah nak mengheret sama Istana)

Sehinggakan ada yang bertanya kepada saya : Sah ke persidangan tersebut yang dibuat di bawah pokok? Yakni di luar Dewan yang mulia itu?

Ah! saya jawab senang gini sajer : Apakah tidak sah kalau seseorang sembahyang diluar masjid? Lazimnya kita sembahyang Jumaat dimasjid-masjid.Andainya masjid tersebut dikunci oleh puak jahat dan samseng yang tidak membenarkan kita masuk kedalam untuk sembahyang , tentunya tiada halangan bagi kita untuk sembahyang di luar masjid kan?!

Pelik yang ketiga ialah bila mana ADUN Umno Kamunting, Mohd. Zahir Abdul Khalid hari ini membuat laporan salah kuasa Speaker ke Jawatanhuasa Hak dan dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana kononnya telah melakukan salah guna kuasa, menghina DUN dan ketidaksetiaan kepada titah Sultan Perak.(lagi-lagi nak libatkan Istana!)Pengerusi Jawatankuasa tersebut ialah Speaker tu sendiri!

Alahai, terlalu banyak perkara yang pelik-pelik berlaku di negeri ku Perak ini. Tunggukan 5 hari bulan nanti bilamana 
Zambri dan gerombolannya akan dihadapkan ke PAC. Tentu akan ada perkara-perkara yang lebih pelik akan berlaku , sehinggalah DUN Perak perkenankan untuk bubar!

Tiada ulasan: