"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Laporan Polis ADUN Titi Serong.

Saya telah selesai membuat Laporan Polis dan memberi keterangtan kepada pegawai polis yang bertugas di Balai Polis Pusat Ipoh pada jam 4.15 petang. Saya ditemani oleh ADUN Sungkai, Yb.Sivanesan yang juga seorang peguam selama memberi keterangan tersebut.


Berikut ini saya terbitkan Laporan Polis tersebut untuk tatapan pengunjung blog cina islam:-

LAPORAN POLIS

Pada pukul 9.25 pagi hari ini, kami 27 ahli Dewan Undangan Negeri Perak bersama dengan Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, YB V Sivakumar telah datang ke Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk menghadiri Mesyuarat Ke-4, penggal Pertama Dewan Negeri Yang Ke Dua belas, Dewan Undangan Negeri Perak atas notis Tuan Yang Di Pertua Dewan Negeri bertarikh 27/2/2009.

Apabila kami sampai ke depan kawasan Bangunan SUK, pihak kami telah dihalang oleh sekumpulan samseng yang dipercayai penyokong UMNO serta pasukan FRU yang diketuai oleh OCPD Ipoh, Azizman Alias. Pihak kami selaku Ahli Dewan Negeri telah dihalang secara tidak munasabah untuk memasuki Dewan Mesyuarat Bangunan SUK.

Pihak kami telah dihalang secara jelas oleh Azizman dan mengikut pengumuman oleh beliau diatas kereta water canon, kami tidak dibenarkan masuk adalah atas arahan dari setiausaha kerajaan negeri, Dato Abdul Rahman Bin Hashim. Beliau mengumumkan bahawa semua Ahli Dewan Negeri tidak dibenarkan masuk kecuali Tuan Speaker sahaja boleh masuk ke dalam bangunan SUK.

Pihak kami telah menunggu lebih kurang 30 minit untuk memasuki bangunan tersebut tetapi pihak polis dan Dato Abdul Rahman masih menghalang kami wakil rakyat yang sah dari memasuki bangunan Perak.

Oleh demikian, adalah menjadi satu kesalahan jenayah dibawah Section 124 Kanun Keseksaan(Penal Code), dimana Azizman, Dato Abdul Rahman Bin Hashim serta semua kakitangan dan pihak terlibat dalam menghalang kemasukan Ahli Dewan ke dalam Dewan atas sebab tindakan mereka yang salah disisi undang-undang tersebut.

Sehubungan dengan itu, pihak kami meminta pihak polis mengadakan siasatan terperinci dan mengambil segala tindakan yang wajar supaya pihak mereka yang terlibat dihadap ke muka pengadilan dengan secepat mungkin.

Laporan ini penting demi memulihkan demokrasi dan undang-undang yang tidak dihormati oleh mereka yang tidak bertanggungjawab di Negeri Perak ini.

Sekian, laporan saya.

(YB.DRS. KHALIL IDHAM LIM)
ADUN Titi Serong, PERAK.
No. I/C : 641102035125
Tarikh : 3 Mac 2009
                                                                                                                                              http://idhamlim.blogspot.com/

Tiada ulasan: