"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tidak untuk Mageran!



Setakad ini, grand design mereka untuk menimbulkan rusuhan dan kekacauan kaum di Perak tidak dikabulkan Allah.Syukur , alhamdulillah.


Tindakan petugas-petugas Unit Amal yang pantas dapat meleraikan pertembungan antara Samseng Umno dan kaum lain. Andainya terjadi perkara yang mereka rancangkan itu pagi tadi, sudah tentu negeri Perak akan terjerumus ke dalam Mageran.

Dan mereka akan jadikan sebagai alasan untuk memberkas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dengan menggunakan akta zalim ISA.


Apa lagi helah mereka seterusnya? Harap para penyokong Pakatan Rakyat akan terus bersabar kerana Allah pasti akan memberikan jalan keluar untuk kita semua.

Sewaktu sidang akhbar di pejabat DAP Perak pagi tadi, MB Nizar memberitahu, beliau akan memohon perkenan untuk menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah secepat mungkin bagi mempersembahkan keputusan Dewan hari ini untuk membubarkan DUN Perak.


"Kami menyampaikan hasrat rakyat Perak agar Tuanku mendengar suara rakyat dan membubarkan dewan," katanya.

Do'akan misi MB Nizar kali ini akan mendapat perkenan kebawah Duli Tuanku Sultan Perak. Kita percaya kemelut politik di negeri ini hanya dapat diselesaikan melalui keputusan rakyat sendiri.Kembalikan hak rakyat untuk memilih pemerintahan yang mereka mahukan.Bubarkanlah DUN Perak dan adakan Pemilihan yang baru.                                                                                                                                                          
http://alhusseyn51.blogspot.com/

Tiada ulasan: