"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Istilah ALLAH hanya untuk mereka yang beriman

Terguris juga hati apabila melihatkan Noh Omar dengan gelagat celuparnya menuntut agar Tok Guru Nik Abd Aziz pergi belajar dengan ahli parlimen Kulim Bandar Bharu, YB Zulkifli Nordin. Ini berikutan kononnya kenyataan Tok Guru yang menyebut bahawa tidak salah bagi masyarakat bukan Islam untuk menggunakan perkataan ALLAH. Ada yang membawa berita: Nik Aziz – ALLAH for all.


Menurut rekod YB Zul baru-baru ini telah berhujah panjang lebar di Dewan Rakyat bagi menjelaskan mengapa istilah ALLAH tidak wajar digunakan oleh masyarakat bukan Islam di Malaysia. Tiba-tiba terbit berita dari Kota Bharu bahawa Tok Guru mengatakan tiada halangan dan masalah.

Pasti ramai yang cemas dan termanggu.

Alhmadulillah, akhirnya terubat kegusaran apabila terbit penjelasan dari Pejabat MB Kelantan. Menurut SETPOL MB Sdr. Anual Bakri yang menyebut:

Bagi memahami konteks yang disebut Menteri Besar dengan lebih jelas kita kena memahami maksud surah Al Ikhlas iaitu Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa, Allah yang dituju (meminta hajat). Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya.

Oleh itu jelaslah nama Allah hanya wajar digunakan bagi mereka yang telah beriman dan tidak boleh menyalahi sifat 99 namaNya.

Rupa-rupanya Tok Guru tak bermaksud begitu. Maksud Tok Guru perkataan atau isitlah ALLAH hanya boleh digunakan oleh mereka yang telah menerima Islam. Maka wajarlah ia diharamkan dari digunakan. Kita tidak mahu tercetus kekeliruaan dalam pemahaman sehingga mencetuskan ketegangan dan pergaduhan sesama rakyat Malaysia

Dalam sidang Dewan Rakyat 26 Febuari lalu, YB Zul menyebut:

Contoh, mereka mengeluarkan satu buku yang diberikan secara percuma diberikan dengan tajuk Al-Kitab. Kalau kita tengok dari segi nama, kita akan keliru seban tidak disebutkan apa-apa pun di sini.

Apabila kita buka baru kita perasan bahawa Al-Kitab ini rupanya nama baru Bible dalam bahasa Melayu yang penuh dengan perkataan-perkataan Melayu yang boleh mengelirukan kita. Ini termasuk yang kita temui komik disebarkan dalam dua tahun lepas dan sampai sekarang masih disebarkan di setiap rumah, disumbatkan di peti-peti surat dengan tajuk kisah paling menarik yang pernah diceritakan.

Yang diceritakan di sini dalam bahasa Melayu yang menyatakan bahawa saya baca
sedikit untuk kita lihat kesan dia.

“Allah memakai 40 orang budi, mereka menulis 66 kitab selama 1500
tahun. Semua cucuk satu dengan lainnya. Allah yang dapat membuat buku
seperti ini. Allah kan tidak mengarang buku ya ayah? Allah itu seperti apa
ayah? Allah mengasihi dan menolong kita. Kalau kita minta tolong daripadanya
kita kudus, kita tidak dapat melihat dia tetapi dia melihat dan mengetahui
semuanya. Dia dapat melakukan apa sahaja. Ayah akan ceritakan kisahnya.”

Kemudian diceritakan kisah tentang Allah yang berakhir dengan Allah menghantar anaknya untuk menyelamatkan manusia. Jadi risalah-risalah seperti ini yang kita khuatir. Kita tidak ada masalah, saya tidak ada masalah dengan mereka mahu menggunakan bahasa Melayu,mahu menyebarkan risalah bahasa Melayu, tetapi menggunakan perkataan Allah itu sendiri.

Dalam konteks seperti ini, bukan sahaja sangat mengelirukan, boleh menyebabkan berlaku perasaan tidak puas hati

Ringkasnya wajar sangat kita berhati-hati dalam hal ini. Seluruh ulamak dan bijak pandai islam dalam Negara perlu sekata dalam hal ini. Biar terpelihara apa yang ada dan tidak tergadai semuanya.

Tiada ulasan: