"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berapa duit nilai Umno?


BY MATSAMankati

Salah satu ayat yang selalu aku dengar dalam ucapan Nizar semasa siri Jelajah Perak ialah “…kalau ada lima duit atau sekupang rasa simpati pada Umno…tinggalkan la. Tinggalkan lah parti haram jadah tu.”

Mungkin kasar cakap Nizar..dan aku pun selama ini tak mau la sampai nak cakap macam tu. Tapi apa yang berlaku hari ini di pekarangan Bangunan SUK..baru aku dapat rasa, mengapa Nizar sanggup cakap macam tu.

Selepas mengalami sendiri apa yang terjadi..tok sah kata lima duit atau sekupang..kalau boleh Umno ni di flush dalam lubang jamban. Khaaaak ptui!

habis sehabisnya..pegawai tinggi kerajaan dijadikan barua…polis dijadikan barua…gangster pun dilayan lebih baik oleh Umno.61

Sudah la ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang dipilih oleh rakyat dihalang dari memasuki Dewan Undangan Negeri…bila ada yang dipukul oleh gangster…polis buat tak reti. Tapi bila gangster ni minta tolong kat polis…polis boleh tolong depa pulak!!! Aku tak boleh nak bezakan yang mana satu gangster…yang mana satu polis.

Kalau ada sekupang dua rasa hormat aku pada polis selama ini…hari ini hilang rasa hormat aku pada depa. Kalau dulu aku rasa selamat bila tengok polis…sekarang aku rasa tak selamat. Tunggu masa saja kena belasah dengan depa.

Kalau dulu aku cukup meluat tengok parking attendan haram…sekarang ni aku tengok polis lebih teruk dari mat gian parking. Lebih teruk …bila depa bersekongkol dengan gangster untuk membelasah orang lain. Haram jadah Umno..sekupang pun aku tak hormat pada polis lagi.

32

Hari ini juga pertama kali aku mengikuti Sidang DUN dibawah pokok. Kalau dalam dewan..aku tak minat pasai kena pakai kasut dan kot. Tapi hari ini, aku bebas mencelah-celah ADUN-ADUN sambil pakai jeans dan selipar. Boleh hisap rokok lagi…Esok…aku nak balik kerumah…buat cerita kat anak-anak aku…bahawa aku pernah menghadiri satu-satunya sidang Dewan Undangan Negeri dibawah pokok. Dan aku pasti.. inilah satu-satunya sidang DUN dalam dunia yang dibuat dibawah pokok. Haram jadah punya Umno. Lima duit pun aku tak hormat pada depa lagi.

Empat puluh tahun dulu…P. Ramlee buat macam-macam cerita..masa tu kita gelak dengan cerita bodoh. Tapi hari ini..cerita-cerita ni jadi kenyataan dan Umno perlu dipersalahkan kerana membawa kita mundur kezaman P. Ramlee. Orang nak marah kat Umno…marah la. Sebab seduit pun aku tak hormat pada Umno lagi.

Ketika sidang DUN berlangsung dibawah pokok, Umno pula mempertikai keputusan Speaker di Mahkamah Tinggi. Nak lawan apa lagi? Bubarkan DUN dan kita bagi peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan. Kalau BN naik…kita terima, kalau PR naik kita terima. Sekurang-kurangnya, rakyat diberi pilihan untuk memilih sapa yang depa mau. Hari tu mereka mengheret Sultan dan Mufti kedalam politik bobrok mereka…sehinggakan Sultan dan Mufti dihina…sekarang mereka cuba berlindung disebalik mahkamah. Kalau lepas ni orang marah kat mahkamah…salahkan Umno. Sebab Umno memang seduit pun dah tak guna.

Semua institusi yang ada diperkudakan oleh Umno untuk mengekalkan kuasa haram mereka. Bubarkan DUN..habis cerita.                                                                                                                                                                                              http://perakexpress.com/www/

Tiada ulasan: