Pelancaran gerakkerja Pilihanraya P.059 Bukit Gantang akan dilancarkan oleh YAB Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul AM PAS dan YB Datuk Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang pada 8hb. Mac 2009 jam 9.00 malam di Simpang, Taiping. Turut berucapa pada malam itu ialah YAB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin. Program ini dijangka akan menghimpunkan seluruh penyokong dan petugas-petugas Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Bukit Gantang. Mereka akan mendengar ucapan dan amanat penting dari pucuk pimpinan parti tertinggi selain mendengar ulasan dan kupasan isu-isu semasa di Perak itu sendiri.
Pada sebelah petangnya YAB Mursyidul AM akan melancarkan dan merasmikan Bilik Gerakan Pilihanraya Kelantan di Kuala Sepetang. Kelantan dijangka akan menghantar petugas-petugas sepenuh masa bagi membantu Pakatan Rakyat mengekalkan kemenangan dengan majoriti lebih besar lagi.
Dengan pelancaran ini, akan bermulalah gerakkerja pilihanraya Parlimen Bukit Gantang. Selepas ini Bukit Gantang yang mempunyai tiga DUN dan 38 daerah mengundi akan didatangi oleh beribu-ribu petugas Pakatan Rakyat dari seluruh negara. Pilihanraya kali ini menjadikan Bukit Gantang sebagai ukuran pengaruh yang sebenar kepada PR dan BN. http://misabah.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan