"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemuda Umno sekat Karpal, polis dan samseng Kampong Dusun sekat ADUN - Penarik Beca







PADA 17 Februari 2009, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar usul berikut di dalam Dewan Rakyat:

Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang Ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini; dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu.Pada 3 Mac 2009, berdasarkan tafsiran kononnya 'sidang DUN tergempar tidak sah',

Malaysiakini 3/3/09 melaporkan: Polis dan sebuah trak FRU menutup pintu utama bangunan sekretariat kerajaan negeri. Wakil rakyat Pakatan dijangka cuba masuk ke dalam bangunan untuk ke DUN melalui pintu tersebut. Kira-kira 40 anggota FRU ditempatkan di pintu belakang bangunan sekretariat. Ada antara anggota tersebut bersenjatakan rifel dan pelancar gas pemedih mata.Sekatan polis dibuat berdasarkan tafsiran Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri bahawa sidang itu tidak sah walaupun Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar menyatakan sidang itu sah. Lihat tafsiran lain di sinidi sinidi sini dan di sini.Utusan Online 4/3/09 pula melaporkan: Terdahulu, wakil rakyat tersebut bersama penyokong merempuh barisan halangan anggota keselamatan di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan kira-kira pukul 9.30 pagi hingga menimbulkan kekecohan.Oleh kerana saya buta undang-undang dan tak ambik pot pun selama ni, saya tidak tahu adakah mesyuarat khas di bawah Peraturan Mesyuarat 11(3), iaitu sidang khas Parlimen mengenaiGaza pada 12 Januari lalu memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong atau tidak kerana ia mesyuarat khas.

Berikut ialah petikan perisytiharan sidang itu: Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan segala hormatnya ingin saya maklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada saya pada 7 Januari 2009 supaya diadakan satu Mesyuarat Khas pada hari ini selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(3).

Saya memang tak reti. Tetapi oleh kerana saya tidak nampak perkataan perkenan Yang di-Pertuan Agong, saya dok rasa tidak adalah perkenan itu diminta. Tak minta tu tentulah disebabkan tak perlu. Gitu la kot. Dan, sidang DUN Perak pun mesyuarat khas juga.

Apa pun, bila melihat tindakan polis dan samseng Kampong Dusun menyekat ADUN-ADUN tersebut menjalankan tugas mereka, saya teringat pula gerombolan Pemuda Umno yang juga berlagak macam samseng Kampong Dusun di Parlimen. Aku memang meluat kat Karpal Singh tu. Tapi, meluat aku berlawan kata-kata dengan kata-kata sebab dia masih boleh berkata-kata setakat sehari dua ni.

Tapi, bila Pemuda Umno berlagak macam samseng Kampong Dusun mengepung dan 
menyerang orang kurang upaya (OKU) berumur 69 tahun tu, saya tak boleh tuduh dan tak berniat nak tuduh, tapi bagaikan aku nampak babi bergerak!Saya tak tuduh dan tak berniat nak tuduh. Saya hanya ceritakan apa yang bagaikan saya nampak.

Kelaku Pemuda Umno itu menyebabkan MCA menyifatkan gerombolan yang berlagak macam samseng Kampung Dusun itu 
menghina sistem demokrasi negara ini, menghina kedaulatan undang-undang, menghina pengundi, menghina Parlimen dan memusnahkan imej negara.Puak-puak Umno dok lazat sangat mempertikaikan sejauh mana sahnya sidang itu dari segi undang-undang. Legal or not?

Saya pula bertanya adakah sah di sisi undang-undang tindakan polis mengepung Dewan Undangan Negeri Perak dan beberapa kali dilihat seolah-olah hendak menyerang ADUN-ADUN yang hendak memasuki dewan itu untuk menajalankan tugas mereka. Was it legal?

Atau, adakah perbuatan polis dan samseng Kampong Dusun menyekat ADUN-ADUN itu bersidang juga menghina sistem demokrasi negara ini, menghina kedaulatan undang-undang, menghina pengundi, menghina DUN Perak dan memusnahkan imej negara?                                                                                                                                                                                 
http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Tiada ulasan: