"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

99 POLIS CEDERA DI DEPAN SUK???

Mengikut tanggapan dan imaginasi saya seramai 99 orang polis cedera dalam perhimpunan depan suk tadi. Semua mereka cedera terkena maki hamun penyokong yang berhimpun.
44 orang cedera telinga kerana makian yang menghiris cuping telinga, 55 cedera teruk di dada kerana sakit hati dengan maki hamun tersebut. Itulah tanggapa saya hasil amaran ketua polis Perak yang akan mencari siapa yang memaki polis dalam perhimpunan tadi. Setahu saya penyokong PR dapat mengawal keadaan dengan baik. Mereka patuh arahan yang meminta mereka berundur. Saya tak pasti telinga ketua polis barangkali mendengar dari dalam bumi atau atas langit. Kalau dari dalam bumi itu mungkin tandanya bersedialah bertemu mungkar nakir. Kalau dari langit ,itu mungkin kutukan Malaikat. 

Saya tak pasti sejak bila polis jadi begitu syahdu hatinya sehingga sesak dada mendengar maki hamun. Mungkin telinga mereka telah menjadi nipis atau mereka kecewa kerana provokasi samseng kira kira 5 meter dari mereka gagal . Penyokong PR tetap tenang dan tidak melakukan huru hara. Apapun maki hamun bukanlah akhlak orang beriman. Kita tetap menolaknya. Tetapi kadang kadang orang hanya kenal ayam bila ia berkokok , kucing bila mengiaw, harimau bila ia mengaum dan hanya kenal anjing bila ia menyalak. Cuma saya tetap tak kenal babi bila ia bersuara kerana saya jarang mendengar suara babi, Yang pasti saya kenal babi bila melihatnya dan takkan tersilap antara babi dan tenuk!!!                                                                                                                                        
http://anaksengat.blogspot.com/

Tiada ulasan: