Polis Indonesia telah menjalankan pemeriksaan ke atas bahagian tubuh Manohara Odelia Pinot yang didakwa didera oleh suaminya, putera Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry. Ibunya, Daisy Fajarina berkata, Manohara diperiksa oleh anggota polis wanita di ibu pejabat polis republik itu dan berada di situ selama 12 jam Jumaat lalu, demikian dilaporkan oleh akhbar Surya - yang pertama mendedahkan isu Manohara itu. Ia memetik ketua bahagian hubungan masyarakat ibu pejabat polis republik Indonesia, Inspektor Jeneral Abubakar Nata Prawira sebagai berkata, Manohara datang ke pejabatnya pada hari Khamis. Daisy dan peguam Elza Syarief berada bersama Manohara ketika bekas model itu diperiksa anggota polis. "Yang saya ingat polis bertanya mengenai penganiayaan yang dialami anak saya, antaranya bekas jarum suntik. "Polis juga memeriksa tubuh anak saya yang ada bekas penganiayaan," kata Daisy seperti dilaporkan Surya. Elza bagaimanapun pula berkata, Manohara belum menjalani visum (pemeriksa terperinci bagi mangsa dera) disebabkan dia belum menandatangani laporan polis kerana terpaksa menghantar ibunya ke hospital akibat kelelahan pada malam berkenaan. Komen ahli sosiologi Beliau menjelaskan, berbeza dengan pemeriksa kesihatan biasa, visum hanya boleh dilakukan jika ada laporan polis. Abubakar turut mengesahkan bahawa Manohara belum menandatangani laporan tersebut. "Polis wanita sempat memeriksa tubuh Manohara yang dikatakan disilet dan dianiayai oleh Tengku Muhammad Fakhry tetapi parutnya hampir hilang. "Mengikut perancangan, selesai menjalani pemeriksaan dan membuat laporan polis, Manohara akan menjalani visum," katanya. Sementara itu, Musni Umar, ahli sosiologi lulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dipetik oleh Kompas.com sebagai berkata, kenyataan Manohara - yang disiarkan secara meluas oleh media massa - telah diterima sebagai kebenaran sehingga meluapkan kebencian masyarakt Indonesia terhadap Malaysia. Sehubungan itu, beliau berkata, Sultan Kelantan sebaiknya menyelesaikan isu tersebut. 'Jangan biarkan' "Keadaan semacam ini tidak boleh dibiarkan kerana mengganggu hubungan baik dua negara jiran itu. Tidak ada pilihan lain kecuali segera menjernihkan pelbagai kenyataan Manohara dan menyelesaikan melalui saluran undang-undang," katanya kepadaKompas.com. Menurutnya, Sultan Kelantan perlu campur tangan untuk menyelesaikan kes rumah tangga puteranya itu. Masni dilaporkan, banyak kenyataan Manohara yang boleh dipersoalkan kebenarannya seperti dia gemuk kerana disuntik, ditores dan dan diseterika oleh suaminya. "Itu harus dibuktikan kerana pengalaman lima tahun saya belajar di Malaysia, perempuan gemuk setelah mereka berkahwin," katanya. Masni berkata, ini berlaku kerana makanan di Malaysia pada umumnya mengandungi santan dan digoreng tetapi tidak mendapat cukup senaman. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Isu Manohara dan Tengku TT : Polis Indonesia periksa tubuh Manohara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan