"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Majoriti Perwakilan Menolak Rundingan/Kerjasama Dengan UMNO

Keputusan Timbalan Presiden dan Jawatan2 lain menunjukkan perwakilan PAS telah mengundi dengan begitu jelas akan calon-calon yang menolak kerjasama dan rundingan dengan UMNO.

Ust Nasaruddin Mat Isa jelas ditolak oleh majoriti perwakilan. Ini kerana kedua-dua Husam Musa dan Mat Sabu telah berkempen atas platform menolak apa-apa kerjasama dan rundingan dengan UMNO.

Ustaz NAsa bernasib baik kerana undi menentang beliau telah pecah. Seharusnya peringatan ini masuk ke dalam minda beliau.

Namun yang menyedihkan adalah kedegilan beliau menerima signal yang diberikan oleh perwakilan. Ustaz Nasa masih mempertahankan idea Kerajaan Perpaduan dan muqabalah dengan UMNO.

Setelah keputusan pemilihan, jelas mereka yang terlibat dalam perjumpaan dalam gelap masih berdegil dengan sikap mereka. Mereka tidak sedikit pun mahu mengeluarkan kenyataan menolak perundingan dan kerjasama dengan UMNO.

Saya menunggu sepanjang Muktamar akan satu kenyataan dari mereka yang dipilih untuk menyatakan bahawa mereka akan menghentikan perundingan dengan UMNO sama sekali kerana ianya bertentangan dengan semangat dan usaha mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Namun tiada satu kenyataan datang dari Ustaz Nasa dan mereka yang pernah terpalit kes ini.

Ertinya, PAS akan mengambil arah dan tujuan yang terus mengarah kepada pengukuhan hubungan dengan UMNO selepas ini.

Dan ianya jelas berlawanan dengan aspirasi dan suara perwakilan PAS baru2 ini.

Saya sendiri akan terus menegur serta mendedahkan segala kebobrokan yang dilakukan atas dasar mengkayakan pribadi seseorang dengan menggunakan parti.

Itu adalah sumbangan saya yang kerdil kepada perjuangan Islam dan kelangsungan jihad saya di Malaysia.

Ini bukan usaha untuk membasuh kain di luar (washing dirty laundry in public). Ini adalah teguran dan peringatan kepada pimpinan PAS supaya tidak melakukan kesalahan yang akan merosakkan parti.

Saya menyokong PAS dan Jemaah. Saya tidak taksub kepada mana-mana pimpinan. Mereka yang bersalah, saya akan kritik. Mereka yang korup, saya akan dedah.

Tiada peruntukan dalam Perlembagaan PAS yang mengatakan tindakan saya ini salah.

Itu janji saya kepada Allah SWT.

Wallahualam bissawab.

http://www.malaysiawaves.com/

Tiada ulasan: