"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muktamar PAS - Biduk Lalu Kiambang Bertaut

Muktamar Pas telah pun berakhir. Cakap-cakap tentang golongan profesional dan ulama tidak sehaluan akhirnya tenggelam begitu sahaja. Soalnya golongan profesional biarlah dengan profesionalisme mereka.Itu pandangan peribadi saya. Mereka boleh turut campur dalam politik PAS, sampai setakat mana yang mereka mahu terlibat itu terpulang kepada diri sendiri.

2.Namun satu hal yang harus difikirkan, PAS adalah sebuah parti politik yang berlandaskan perjuangan Islam dan membawa mesej Islam. Ia sama seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir dan negara Arab lainnya dan Jemaat Islami di Pakistan. Sebagai sebuah Parti Islam, adalah wajar PAS dipimpin oleh golongan ulama. Harus juga difaham dalam konteks perundangan dan pemerintahan Islam, pucuk pimpinan haruslah terdiri dari mereka yang faqih tentang Islam. Pendapat ulama-ulama terdahulu seperti Al Mawardi dan Ibnu Taimiyyah perlu disorot dan difahami dengan jelas khasnya tentang ciri-ciri kempiminan dalam organisasi Islam. Kita tidak menafikan sumbangan golongan profesional dalam PAS. Namun sebagai sebuah badan Islam, PAS ada Majlis Syura, ada Dewan Ulama, di mana sesuatu keputusan yang melibatkan dasar parti mestilah dirujuk kepada badan ini. Tidak timbul soal kontradiksi antara golongan ulama dan golongan profesional. Masing-masing ada tempat yang tersendiri dalam sesebuah gerakan Islam.

3.Lupakan krisis yang lepas,kalau ada. Kita sedang menghadapi masa depan yang lebih mencabar, terutama gerakan anti Islam yang kian menular, budaya hedonisme, golongan liberalisme yang cuba merubah wajah Islam, golongan Yahudi yang sentiasa merancang dan memusuhi Islam sejak zaman Madinah lagi, dan kemungkinan mengambil alih pemerintahan Malaysia pada PRU akan datang memandangkan UMNO-BN kian kehilangan sokongan dari rakyat marhaen dan masalah dalaman yang tidak terselesaikan. Kata orang Melayu, biduk lalu kiambang bertaut. Begitulah hendaknya golongan ulama dan profesional dalam PAS.

AlKundangi

Tiada ulasan: