"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

AJK Tambahan: Mohd Sabu fikir seminggu

Mohamad Sabu yang tewas dalam pertandingan tiga penjuru bagi jawatan Timbalan Presiden Pas belum ‘menyambut’ pelantikannya sebagai ahli jawatankuasa (AJK) Pas Pusat sebagaimana yang diumum Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam.

Semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar ke yang berakhir minggu lalu, Mohamad Sabu dilaporkan menyampaikan pantun berikut:

Tuai padi antara masak, nanti jangan layu-layuan, intailah aku sementara nampak, nanti jangan rindu-rinduan.

Mohamad yang merupakan bekas Naib Presiden Pas memberikan alasan beliau memerlukan tempoh seminggu untuk berfikir sebelum membuat keputusan.

“Saya akan ambil masa seminggu untuk terima atau tidak.

“Buat masa ini saya tidak kata sudi atau tak, saya nak bincang, nak fikir dan nak tengok perkembangan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selain Mohamad, seorang lagi calon Timbalan Presiden yang tewas dan dikaitkan dengan ‘puak Erdogan’ atau pro-Anwar iaitu Datuk Husam Musa turut dilantik sebagai AJK Pas Pusat.

Abdul Hadi sewaktu mengumumkan pelantikan berkenaan berkata, beliau yakin kedua-dua calon yang tewas itu akan menerimanya.

Menjawab soalan, Mohamad berkata, pendirian itu tidak bermakna beliau merajuk selepas tewas kepada penyandang jawatan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.

“Dalam kamus perjuangan saya, tidak pernah wujud istilah berkecil hati.

“Ini bukan kekalahan pertama, sebelum ini saya pernah tewas jawatan Ketua Dewan Pemuda serta Naib Presiden, namun banyak kali juga saya menang,” tegasnya.

Mengenai pelantikan Jawatankuasa Pas Pusat tambahan semalam, Mohamad berkata, ia adalah hak Abdul Hadi.

“Pelantikan itu adalah bersesuaian dengan (kehendak) Presiden, mereka adalah pasukan yang baik,” katanya.

http://jiwokelate.wordpress.com/

Tiada ulasan: