Jimadie Shah Othman |
Dalam kehangatan perdebatan idea kerajaan kerajaan perpaduan yang diutarakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mursyidul am parti itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat memanggil pertemuan sulit bagi menepisnya. Menurut sumber-sumber, Nik Aziz memanggil beberapa pemimpin parti itu yang dilihat menentang idea kerajaan perpaduan dan muqabalah dengan Umno, antaranya, bekas naib presiden, Datuk Husam Musa dan Naib Presiden baru, Mahfuz Omar. Mesyuarat di Rumah Kelantan, Jalan Stonor di ibunegara pagi kelmarin itu juga bersetujui mendesak Abdul Hadi menjelaskan pendirian dan tafsiran beliau berhubung perkara itu. "Setakat yang kita tahu, kerajaan perpaduan itu maksudnya ingin duduk bersama Umno. "Ini yang kita tentang. Kita harap presiden dan timbalannya boleh membuat penjelasan," kata sumber. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Pertemuan sulit tolak k'jaan perpaduan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan