Azamin Amin | |
PERMATANG PASIR,22 OGOS: Setelah matanya berair,perit dan sakit terkena gas pemedih mata, dia sudah tidak berganjak. Biarpun sudah berusia 75 tahun, dengan 'kedegilan' dan cekal hati,dia terus bangkit berjuang, bercakap dan bersuara 'tanpa' henti. Dia tidak punya sebarang kepentingan, bukan untuk meraih keuntungan tetapi hanya dengan tujuan yang satu- niat suci sayangkan bahasa tercinta, Bahasa Melayu yang telah dihina. Itulah sikap dan denyut nadi pejuang sejati A. Samad Said, yang kembali turun, bersama rakyat, menyemarakkan api membantah tindakan kerajaan dan pemimpin Melayu meminggir bahasa sendiri melalui dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah 'mengorbankan' kebijaksanaan pelajar melayu,utamanya di desa nun jauh di sana. Tanpa jemu,beliau kembali muncul dengan 'surah' yang sama - kecewa dengan sikap sambil lewa kerajaan mendengar rintihan rakyat dan pejuang bahasa. Sekaligus memberi amaran,untuk menganjurkan kalikedua himpunan besar-besaran memabnath dasar itu. Lalu di Permatang Pasir, Pak Samad tanpa segan silu, berada di pentas PAS bagi menyampaikan mesej dan isyarat jelas kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan para pemimpin Umno agar mansuhkan dasar yang merosakkan anak bangsaitu. "Suara seniman tidak diendahkan pemimpin Umno.Justeru saya akan terus bersuara dimana-mana pentas yang menjemput saya. "Jika mereka boleh melaksanakan dasar PPSMI dalam masa 6 bulan,kenapa mengambil masa 3 tahun untuk mansuhkan. "RM5 billion diperuntukkan tetapi tidak pernah saya dengar ada dana sebanyak itu untuk bahasa Melayu,"ujarnya di sidang media di Pusat Khidmat Dun PAS Permatang Pasir pada sebelah pagi,21 Ogos. Hadir sama,mendengar luhan hati Sasterawan Newgaraituialah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pesuruhjaya PAS (2) Pulau Pinang dan calon PAS yang tidakasing lagi, Ustaz Salleh Man. Beliau sebelum itu menyifatkan keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar PPSMI di semua peringkat sehingga tahun 2017 sebagai "penghinaan berterusan" terhadap bahasa kebangsaan dan mengulangi pendiriannya ketika berceramah di UPU Tanah Liat,pada sebelah petangnya. Beliau sempat menutup kalimah perjuangan itu dengan dua bacaan sajak yang cukup menusuk dan begitu dalam maknanya sehingga suara'keramatnya'itu disambut sorai ramai para pengundi,penyokong dan peminatnya. Sajak itu dilihat mengkritik pemimpin yang kononnya membela Melayu tetapi hanya pandai berkata-kata dan secara sinis mempersendakan watak-watak pemimpin itu. "Saya terdengar ada pemimpin yang menyatakan bahawa pimpinan PAS tidak melakukan apa-apa..tetapi yang lebih parah lagi ialah ada pemimpin yang sama dan parti yang sama tidak juga melakukan apa-apa selama lebih 50 tahun." Sajak itu cukup memukau hadirin, termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, AJK PAS Mohammad Sabu, Ketua Wanita DAP, Chong Eng, calon PAS, Ustaz Salleh Man dan ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar. Malam ini, Pak Samad dan beberapa exco Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dijadual berkempen di pentas PAS bagi mendesak pemansuhan segera dasar kontroversi itu. Kehadiran Pak Samad itu nyata memberi nilai tambah yang besar kepada kempen PAS kerana beliau sangat dikenali sebagai budayawan agung yang menolak penggadaian bahasa Melayu yang dilakukan Umno dan BN. Dan selain kemunculan tokoh terkenal itu melaungkan masa depan bahasa, kehadiran beliau lebih memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk terus berjuang kerana di usia 75 tahun itu Pak Samad masih bersemangat dan menggigit nurani pemimpin negara dan rakyat jelata. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
UBN Najib Altantuya: Demi bahasa, suaranya naik menjulang di Permatang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan