"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Khairy Jangan Main Politik, Gasak SPR Sekarang - Salahuddin

Pas menggesa Pemuda Umno untuk memfailkan laporan kepada Suruhanjaya Pilihanraya berhubung isu pengundi hantu yang didakwa dikesan dalam Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir.

Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub berkata gejala pengundi hantu adalah konsisten dalam semua pilihanraya-pilihanraya sebelum ini, dan kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin lantas membuktikan bahawa SPR gagal dalam membersihkan daftar pengundi mereka.

Pas bagaimanapun tidak menolak dakwaan Umno ini adalah taktik politik semata-mata.

“Pemuda Umno ni saya rasa mereka tiada idea, Khairy pun tidak nampak sebagai seorang ikon pemuda yang betul-betul memimpin pemuda di sini.Mungkin kerana dia menang sebagai Ketua Pegerakan Pemuda Umno disabitkan oleh Lembaga Disiplin Umno beliau tiada modal dan cari isu lain,” katanya.

Menurutnya, menjadi tanggungjawab SPR untuk mengesahkan mengenai isu penghundi hantu walaupun seringkali suruhanjaya berkenaan menafikan isu berkenaan apabila aduan dibuat.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, Pas akan membuat laporan rasmi kepada SPR dan polis berhubung tindakan Umno yang jelas menggunakan doktor-doktor tentera untuk membantu kempen Umno-BN dalam pilihanraya N11.

“Kita akan membuat satu laporan rasmi kepada SPR dan polis, jadi saya harap SPR tidak akan hanya laporan yang dibuat di Mamek Urai langsung tidak diberikan perhatian. Tiada satu ingatan diberikan kepada Umno-BN dan mereka sekali lagi menggunakan para doctor untuk kempen pada kali ini,” katanya.

-tvantara.com-

Tiada ulasan: