"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Umnolah pengkhianat, enggan kembali kepada al-Quran

Oleh ROY RASUL

Selagi Umno tidak mahu kembalikan orang-orang Melayu kepada pegangan al-Quran dan hadis selama itu mereka menjadi pengkhianat terhadap bangsa dan agama, dakwa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Tegasnya, ini kerana Umno hanya dilihat terus kekal dengan kepompongan perjuangan Melayu sedangkan Islam itu merangkumi perjuangan bangsa, negara dan politik.

"Jadi, jika Umno tidak mahu kepada pegangan tersebut, ini menunjukkan mereka khianati akidahnya, khianati Tuhannya dan jika dia khianati Allah dia khianati bangsanya," tegasnya semasa dihubungi.

Baru-baru ini Umno mendakwa Pakatan Rakyat mengkhianati Melayu walhal katanya, parti tersebut bukan saja mengkhianati Melayu tetapi perlekehkan Islam.

Beliau berkata, orang yang menolak Islam sebagai dasar hidup dan perjuangan serta dasar negara ialah orang yang khianat.

Dalam konteks al-Quran dan hadis katanya, orang Islam yang menunaikan amanah merupakan orang yang menghayati, melaksana, memperjuang dan menobatkan Islam dalam segala demensinya.

Sebaliknya, orang yang mahu Islam dalam aspek tertentu umpamanya menerima Islam dalam konteks sembahyang tetapi tidak dalam konsep undang-undang, negara Islam, perlembagaan Islam, maka jelas mereka menolak dasar-dasar yang diturunkan Allah.

"Mereka manusia yang khianat. Jadi dari sudut ini mereka yang enggan menunaikan perintah Allah ia pengkhianat," katanya.

Beliau menegaskan bangsanya hanya akan terbela dengan Islam. Berdasarkan al-Quran dan hadis ujar Ustaz Ghani, pengkhianatan yang jelas ialah golongan yang tidak mahu kepada Islam dan melakukan kekejaman, rasuah, penganiayaan, pembunuhan, fitnah dan lain-lain yang dilarang agama.

"Sebenarnya kita kena rujuk al-Quran yang banyak menceritakan mengenai amanah dan khianat. Pengertian yang Allah kemukakan dalam konteks khilaf itu terdapat banyak dalam surah al-Quran.

"Contohnya dalam surah al-Anfal ayat 27 di mana Allah menegaskan 'Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu khianati Allah dan Rasul serta (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah (yang diserahkan kepada) kamu, sedangkan kamu mengetahui (dosanya)'."

Tambahnya lagi, sesiapa yang memikul amanah pengislaman, mereka menegak dan menghayati Islam dengan sempurna, kaffah dan syumul dan orang itu katanya orang yang amanah dan tidak melakukan pengkhianatan.

-detikdaily.net-

Tiada ulasan: