"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Tunggu pendedahan selanjutnya kes Timbalan Pengarah SPRM Selangor ...

Oleh ORANG KAMPUNG KHIR TOYO

Surat misteri yang mendakwa Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim terbabit atau bersangkutan dengan kes pembunuhan Teoh Beng Hock tidak boleh dipandang ringan. Pihak polis harus menyiasat sedalam-dalamnya dalam suasana telus dan terbuka. Bagaimanapun, berdasarkan rekod saya tidak yakin polis mampu berbuat demikian. Buktinya, pengambilan DNA Hishamuddin pun dijalankan secara sembunyi.

Suruhanjaya Diraja harus diberi kuasa sepenuhnya untuk menyiasat isi kandungan surat berkenaan. Rakyat mahu tahu benarkah ia ditulis oleh pegawai-pegawai SPRM yang mungkin tertekan selama ini dengan perangai Hishamuddin yang diketahui ramai menjadi balaci Dr Khir Toyo.

Membaca kandungan surat misteri itu saya rasa penulisnya tentu mengetahui begitu banyak rahsia, terutama mengenai perjalanan siasatan SPRM, yang rupaya bukan lagi satu badan bebas untuk menyelongkar dan membongkar kes-kes rasuah, korupsi, salahguna kuasa dan penyelewengan tetapi ada "udang di sebalik batu".

Perangai Hishamuddin yang selalu membodek dan mengampu orang atasan, khususnya pimpinan politik, sememangnya diketahui oleh bukan saja para pegawai SPRM Selango, tetapi juga oleh banyak pihak yang mempunyai urusan dengan SPRM di Selangor.

Tanyalah para pegawai polis di Selangor, ramai di antara mereka yang mengetahui gaya penyiasatan Hishamuddin yang suka mengugut dan mengancam, seperti dirakam oleh surat misteri berkenaan: " ... mempunyai teknik soalsiasat yang tersendiri iaitu beliau selalu menyoalsiasat seseorang dengan cara memegang di bahagian hadapan tali pinggang individu dan mengangkatnya beberapa kali serta menggoncangnya."

Saya dibekalkan maklumat tentang bagaimana rapatnya Hishamuddin ini dengan Khir Toyo khususnya selepas Ahmad Lutfi Othman membuat banyak aduan rasuah bekas Menteri Besar Selangor itu kepada SPRM (dulunya Badan Pencegah Rasuah).

Insya-Allah saya akan mendedahkannya melalui laman Detikdaily ini memandangkan laman ini mempunyai sejarah tersendiri tentang pendedahan kes rasuah Khir Toyo. Saya harap laman ini akan menyiarkan semula laporan rasuah yang dikemukakan Ahmad Lutfi itu.

-detikdaily.net-

Tiada ulasan: