"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nama Allah jadi alat politik Umno

nanbinjai
Sukar mahu percaya Umno sensitif dengan Islam walaupun ia beria-ria sangat membantah penggunaan nama Allah oleh Kristian.

Sehubungan itu, menjadi masalah kepada Islam apabila setengah pemimpin PAS boleh terpengaruh dengan mainan politik Umno terutama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Apakah sesuai kelimuan beliau untuk duduk di situ?

Kenapa dan mengapa orang tetap tidak percaya kepada Umno walaupun bukan main bersungguh Umno menggunakan media seolah Umno juara memperjuang Islam?

Walaupun nampak hebat Umno dalam isu tersebut tetapi jawapan tidak sukar dicari. Ini kerana perjuangan Umno mempertahankan kalimah Allah daripada diguna Kristian itu sebenarnya tidak disuruh Allah SWT.

Perkara yang Allah suruh buat secara keterangan yang jelas dalam al-Quran mereka tidak bersungguh malah berdolak-dalih bahkan sampai kepada mengugut pihak lain yang mahu laksana kanun jenayah syariah.

Umno tidak bersungguh dalam menjaga akidah umat Islam dengan undang-undang murtad atau dalam setengah perkara menjadi pihak yang boleh memesongkan akidah umat Islam sendiri seperti politik asing daripada agama.

Oleh demikian sampai bilapun kalau Umno bersungguh dalam isu berkaitan, orang akan nampak ia hanya mahu jadi juara politik atau mainan politik Umno.

Media cetak dan elektronik memberi ruang yang banyak untuk orang ramai berbicara penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian. Ia seolah ada agenda kerajaan Barisan Nasional (BN).

Apakah agenda tersebut kalau tidak cuba mengambil kesempatan untuk memecah kesepakatan dalam pakaran rakyat.

Cukup busuk mainan politik Umno tetapi hidung Ustaz Nasharuddin tidak terhidu. Sebaliknya beliau membuat kenyataan bukan berdasarkan ilmu. Pasal itu orang menilai Ustaz Nasharuddin sudah tidak layak pegang jawatan tersebut.

Ustaz Nasharuddin dalam media cetak boleh dipertikai kerana tidak mengemukakan hujah nas. Apakah beliau terpengaruh dengan emosional Umno atau sentiasa mudah diperangkap media sehingga menyatakan nama Allah hak mutlak Islam?

Barangkali kita boleh bersangka baik dengan beliau dengan mengambil kira pengalaman lepas. Kemungkinan juga kenyataan beliau tidak disiar secara keseluruhan atau diolah secara mengelirukan.

Bagaimanapun ia menjadi topik utama sebagai sokongan kepada Umano yang beria-ria memperjuangkan nama Allah daripada digunapakai oleh Kristian. Sedangkan dalam soal ini ulama hanya berselisih pendapat dan bukan ada hukum yang mengharamkan pihak agama lain menggunakan kalimah tersebut.

Ia bukan soal hukum atau akidah tetapi hanya berkaitan teknikal serta persoalan yang boleh timbul apabila pihak Kristian menggunakan nama Allah hanya pada penulisan bahasa Melayu dan gereja di Malaysia.

Sebaiknya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom membuat perubahan kepada Umno. Mengubah pemerintah yang mahu kepada Islam. Membuat perkara yang disuruh Allah dan meninggalkan perkara yang dilarang Allah seperti judi, arak dan lain-lain.

Allah SWT suruh memerintah dengan mengambil kesyumulan Islam. Laksanakan kesyumulan tersebut baik amalan cara memerintah, undang-undang, pendidikan, ekonomi dan segalanya.

Kehebatan Islam dengan adanya al-Quran maka apa yang disuruh Allah SWT maka hendaklah diamal bukan sahaja keatas individu atau keluarga malah ia juga mesti diamal oleh pemerintah.

http://nanbinjai.blogspot.com

Tiada ulasan: