markas BN di Ladang Nigel Gardner semalam.
Sebaik sahaja Zaid tiba, kira-kira 100 orang pengundi estet berpusu menemui calon Pakatan Rakyat ini, berbanding
beberapa kerat di markas BN yang tidak dapat tidak mencuri pandang kearah bekas Menteri Undang-Undang ini.
Apa yang membezakan Zaid, dari pimpinan BN lain, adalah beliau mahu melihat sendiri kesempitan hidup warga estet
Nigel Gardner.
Beliau juga diiring penduduk menemui seorang warga emas yang tenat kerana sakit tua.
Harapan mereka adalah Zaid mampu menterbalikkan sumpahan BN yang membelit mereka dalam kesusahan dan tekanan hidup.
“dia cakap, kasi saya orang menang la, panivelu mari, 18 tahun ini estate la, dia cakap bikin rumah kasi saya
orang sampai pun tak ada, dia menang pun kalah dia tak ada mari sini tengok”kata Ahchoon, 48
(Penduduk Ladang Nigel Gardner)
Rata-rata penduduk di ladang ini adalah pemotong getah dan buruh kasar berpendapatan kira-kira 500 sebulan.
Bukan simpati yang mereka minta, sebaliknya seorang pemimpin yang benar-benar peduli pada nasib buruh dan orang
miskin.
“PKR sudah 2 tahun, banyak sudah bikin, sekolah punya wang bagi, lagi rumah-rumah susah punya orang, sakit punya
orang semua dia pergi tengok, dia kasi hospital punya wang” kata Ganesan A/L Munisamy, 54
(Penduduk Ladang Nigel Gardner)
Seusai pertemuan ini, Zaid mengimbau kembali zaman susahnya ketika di kampung.
Beliau memahami bagaimana sukarnya hidup kais pagi makan pagi, dan kepada TVSelangor, Zaid membulatkan tekad
mengangkat keluhan warga ladang dan rakyat termiskin seluruhnya.
“bantuan satunya, bantuan bentuk yang segera, tapi selepas saya jadi wakil rakyat la ya, dia kebanyakan keluarga-
keluarga yang terlalu miskin ni mcam dia tadi, dapat 90 ringgit daripada kebajikan masyarakat misalnya, dia tak ada
kerja, keluarga ramai, tak boleh kerja, jadi orang-orang macam ni kalau saya di kota bahru dulu saya ada satu
yayasan nama yayasan orang kurang upaya, melalui yayasan tu la saya tambah la sikit, peruntukan, kalau dia dapat 90
ringgit saya tambah lagi sikit” kata Datuk Zaid Ibrahim
(Calon PKR)
-tvselangor-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan