Ustaz Saiful Bahri
Macam dalam dunia persilaatan, apabila tok guru silat gagal mengalahkan lawannya, beliau akan melatih anak muridnya pula untuk bertarung.
Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, calon PAS, Dr Zulkefli Muhamad pernah mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah sebanyak 317 undi untuk Dun Galas dalam pertembungan mereka untuk merebut kerusi Parlimen Gua Musang.
Namun Ku Li memenangi kerusi itu selepas menang lebih besar di dua Dun lagi iaitu Paloh dan Nenggiri yang juga terletak di bawah Parlimen Gua Musang.
Kini ku li sebagai sifu mencagarkan anak didiknya pula untuk berlawan dengan dr zulkifli. Apakah nasib dr zul di Galas pada 2008 akan berulang. Kalau ini berlaku sekali lagi ku li akan dikecewakan di dun Galas.
Meskipun begitu Pas memasuki pilihanraya di dun Galas sebagai underdog. Gua musang sebagai kubu Ku Li perlu juga diakui. Pas dikatakan mula meningkat sokongan daripada 48 peratus pengundi di Dun Galas.
Di harapkan momentum ini akan berterusan sehingga pilihanraya. Duit BN pun dah macam daun pokok mula luruh di bumi Galas ini.
Semoga pengundi Galas menjadi pengundi Sibu. Umpan makan kail sangkut kat dacing BN tu. Harap rakyat Kelantan menunjukkan kematangan berpolitik sebagaimna sebelumnya dalam menjadi guru politik kepada rakyat Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan