"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gunung Berapi Merapi Meletup



GUNUNG MERAPI, Indonesia, 27 Okt: Seramai 18 penduduk  termasuk seorang bayi kecil terbunuh manakala 20 orang cedera apabila Gunung berapi Merapi mula kembali aktif dan meletus lewat petang semalam.

Agensi berita Associate Press (AP) melaporkan gunung berapi berkenaan meletus selepas ahli saintis terlebih dahulu memberi amaran bahawa tekanan yang semakin meningkat di bawah dasar gawang gunung berapi berkenaan boleh mencetuskan ledakan yang terkuat dalam tempoh beberapa tahun sebelum ini.

Kira-kira 11,400 penduduk kampung yang tinggal berhampiran gunung berapi setinggi 2,968 meter (9,737 kaki) dilaporkan dinasihati supaya segera berpindah dari kawasan terbabit.

Bagaimanapun, pihak berkuasa mengambil langkah memaksa mereka yang tinggal dalam lingkungan tujuh kilometer dari kawah gunung berapi terbabit berpindah.

Kebanyakan mereka yang sudah dipindahkan adalah golongan tua dan kanak-kanak namun beberapa penduduk di kawasan terbabit membuat keputusan untuk tinggal dengan alasan menjaga kediaman dan hasil tanaman mereka.

Gunung berapi Merapi meletus ketika wujud kebimbangan bahawa aktiviti letusan yang sedang berlaku terkini adalah bayangan kepada letusan yang lebih besar dan berbahaya bagi tempoh minggu atau bulan akan datang.

Bagaimanapun, AP juga elaporkan bahawa ahli saintis juga berpendapat ada kemungkinan gunung berapi berkenaan akan kembali normal dalam jangkamasa yang perlahan dan lama.

Ketua pakar kajian gunung berapi di kawasan terbabit, Subandriyo, berkata gunung berapi terbabit mula meletus lewat petang semalam setelah beberapa jam bergegar.

Saksi melaporkan terdapat gegaran  dan bunyi yang kuat selama 15 minit sebelum gunung berapi terbabit memuntahkan kepulan asap yang menebal dan lahar panas ke udara.

Dalam pada itu, ahli saintis turut memberi amaran bahawa tekanan yang sedang meningkat di bawah gawang gunung berapi terbabit boleh mencetuskan salah satu letupan yang terbesar oleh gunung berapi berkenaan yang terletak kira-kira 500 kilometer dari ibunegara Indonesi, Jakarta

Tahap amaran bagi gunung berapi berkenaan juga telah dinaikkan ke tahap yang tertinggi 17,500 islands.

Tiada ulasan: