"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ataturk: Saya berketurunan Sabbetai Zevi

satubenih

ZICHRON YAAKOV – Saya nak tanya dua soalan, kata saya melalui telefon kepada Batya Keinan, jurucakap presiden Israel Ezer Weizman (gambar), yang akan berangkat ke Turki pada keesokan hari, Isnin, Jan. 24, dalam rangka lawatan buat julung kalinya oleh seorang ketua negara Yahudi. Salah satunya samada Weizman akan menghadiri majlis resmi memperingati Kemal Ataturk.

Ms. Kenan memeriksa jadual presiden, di mana dia dan isteri akan memberi penghormatan di makam Ataturk di sebelah pagi sebaik sahaja tiba, dan bertanya apa soalan saya yang kedua. "Adakah Presiden Weizman tahu yang Ataturk mempunyai nenek moyang Yahudi dan diajar doa ibrani semasa zaman kanak-kanak?""Sudah tentu, sudah tentu," balasnya tanpa ragu-ragu. 


Teruja dan Sedih

Saya berterima kasih padanya dan meletakkan telefon. Beberapa minit kemudian saya telefon lagi untuk bertanya samada Presiden Weizman ingin menulis testimoni tentang sumbangan Ataturk kepada Yahudi. "Saya gembira awak telefon semula," kata Kenan, yang kedengaran teruja bercampur sedih. "Di mana awak dapat maklumat itu?"

Kenapa bertanya kalau pejabat presiden dah ada maklumat tentangnya?, tanya saya dalam hati.

* Sebenarnya tidak, dia mengaku. Beliau hanya mengandaikan kebenarannya kerana mendengar kata-kata saya yang nampak seperti berdasarkan fakta. "Selepas awak letak telefon," katanya, "Saya bertanyakan tentang apa yang awak katakan itu dan tiada siapun di sini yang tahu tentangnya. Boleh tak awak fakskan apa-apa yang awak tahu?"

Saya fakskan kepadanya versi pendek. Berikut adalah versi yang lebih panjang.

Cerita tentang keyahudian Ataturk, yang patungnya berdiri di setiap penjuru utama pekan dan Bandar di Turki, telahpun tersebar semasa hayatnya tetapi dinafikan oleh beliau dan keluarganya dan tidak begitu dipedulikan sangat oleh penulis-penulis biografi. Dari enam penulis biografi yang saya temui minggu ini, tiada seorang pun yang menyebut tentang spekulasi ini. Satu-satunya rujukan ilmiah bercetak yang saya temui ialah nama Ataturk dimasukkan dalam Israeli Entsiklopedya ha-Ivrit, yang bermula seperti berikut:

"Mustafa Kemal Ataturk - (1881-1938), Jeneral dan ketua negara Turki dan pengasas negara Turki moden.

"Mustafa Kemal dilahirkan dalam keluarga kepada seorang kerani kecil kastam di Salonika dan kematian bapa semasa kecil. Tidak ada bukti untuk mensahihkan cerita yang tersebar di kalangan Yahudi dan Muslim di Turki, bahawa keluarganya dari kelompok Doenme. Semasa di zaman kanak-kanak, beliau menentang kenginan ibunya untuk diberi pendidikan agama secara tradisional, dan pada usia 12 tahun, beliau dihantar untuk belajar di akademi tentera atas keinginan sendiri."

Bapanya yang sekular

Doenme adalah satu mazhab rahsia Sabbetai, iaitu satu kelompok Yahudi Turki yang menggunakan nama-nama Muslim yang zahirnya berperangai Muslim tetapi beriman kepada Sabbetai Zevi, messiah palsu kurun ke17, dan melakukan sembahyang dan ibadah atas namanya secara tersembunyi. Versi pendidikan Ataturk dalam ensiklopedia pula mempunyai cerita berbeza. Berikut adalah apa yang dicatatkan oleh penulis-penulis biografinya:

Tiada ulasan: