"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zaid Bebas Tinggalkan PKR: Anwar Bagi Amanat Penting


KUALA LUMPUR, 18 NOV: Datuk Zaid Ibrahim bebas untuk meninggalkan PKR jika mahu setelah parti itu memberikan ruang secukupnya termasuk memilihnya sebagai calon pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Perkara ini dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sambutan Aidilahda di Permatang Pauh.

Tambah Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu berkata Zaid yang juga bekas  pemimpin Umno itu telah diberikan layanan istimewa dalam masa yang singkat ketika menyertai parti itu.

Sementara itu, Zaid yang juga bekas calon timbalan presiden PKR membatalkan sidang medianya Jumaat ini bagi menjelaskan 'semuanya' berhubungpengundurannya daripada parti reformasi itu.

Seorang pegawainya Muhammad Firdaus Christopher dalam SMS nya kepada Malaysiakini menulis "Sila ambil perhatian, sidang media Datuk Zaid esok dibatalkan ekoran beliau mempunyai hal penting, tetapi ia (penjelasannya) akan dimuatkan di blognya".

Bermula dengan tidak puas hati dengan pemilihan parti, bekas pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan itu sebelum ini turut menyifatkan Anwar dan Naib Presiden Azmin Ali sebagai "punca masalah" dalam PKR.

Bagaimanapun esok Anwar dijangka menyampaikan 'amanat penting' bagi menjelaskan perkembangan semasa dalam parti itu, dijangka berkaitan sekitar kontroversi dalam pemilihan langsung parti.

Azmin yang merupakan pesaing utama Zaid dalam perebutan jawatan nombor dua parti sebelum ini - mengumumkan perkara itu dalam program 'kempen' Pentas Perdana di Shah Alam minggu lalu.

"Beliau (Anwar) akan beri amat penting kepada anggota dan pemimpin parti untuk jelaskan perkembangan baru-baru ini," kata Azmin yang kini selesa dengan lebih 10,000 undi majoriti selepas Zaid berundur.

Menurut Azmin, program itu - dinamakan 'Rapat Perdana Keadilan bersama Kepimpinan Anwar - dijangka disertai 1,500 anggota parti itu.

Menurut laman berita PKR pula, program dua jam bermula 8 malam itu akan dilangsungkan di Dewan MBSA Shah Alam.

-tvsnews-

Tiada ulasan: