Menurutnya, PAS - rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat - telah "menutup buku" berhubung isu tersebut seperti yang diputuskan dalam muktamar mereka sebelum ini.
Saifuddin berkata demikian hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Ahmad yang terus mengajak PAS agar bersama BN, seperti dilaporkan media semalam.
Ahmad juga mendakwa kedudukan PAS akan menjadi lebih baik sekiranya komponen Pakatan Rakyat itu menyokong BN berbanding terus bergandingan dengan PKR dan DAP.
Kenyataan Ahmad itu timbul berikutan tindakan PAS mengadakan satu seminar "PAS menggantikan Umno" di Shah Alam pada hari Sabtu lalu.
Malah, katanya, sumbangan PAS dalam Pakatan Rakyat terbukti dalam usaha gabungan itu untuk mendepani BN dalam pilihan raya umum yang ke-13.
"Selama ini kerjasama dalam Pakatan adalah atas prinsip mengiktiraf kekuatan (masing-masing) bahawa yang kuat di antara kita terus diperkukuhkan, yang lemah akan dibantu.
"Kerjasama itu cukup kondusif," katanya yang turut meminta Ahmad supaya menghentikan niat untuk 'memancing' PAS.
Menurutnya lagi, seminar anjuran PAS itu merupakan satu kempen dan strategi politik terbaru parti Islam tersebut dan PKR menghormati langkah itu.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan