"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cabang Kehakiman adalah anjing suruhan Eksekutif

WeblogM@rhaen
Di mana-mana negara yang mengamalkan corak pemerintahan demokrasi, pada dasarnya terdiri daripada tiga cabang yang bertindak secara bebas dan menjadi pengimbang dan penyemak antara ketiga-tiga cabang - Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman. Kekebasan setiap cabang dapat menjamin agar satu bentuk pemerintahan yang adil, telus dan berakauntibiliti dapat dijalankan.

Ini akan menguntungkan banyak pihak khususnya Rakyat kerana kehidupan seharian Rakyat akan lebih terjamin, kemakmuran hasil negara dapat dinikmati bersama.

Yang lebih penting, kebebasan ketiga-tiga cabang berkenaan akan dapat mempastikan hak setiap Rakyat yang menjadi warganegara dapat dilindungi. Keadaan ini sekali gus dapat meningkatkan keyakinan dan hubungan dengan negara luar.

Dalam keadaan negara yang ditadbir secara caca-marba, di mana cabang eksekutif dilihat (dan memang terbukti) menguasai cabang-cabang yang lain, urus-tadbir negara menjadi tempang. Hak-hak Rakyat dicabuli sesuka hati. Hasil kekayaan negara dibolot oleh 'golongan terpilih' tanpa ada sebarang sekatan atau halangan. Rakyat hidup dalam keadaan tertekan terutama akan berhadapan masalah ekonomi dan keselamatan. Pelabur luar seboleh-bolehnya akan menjauhkan diri daripada terlibat membuat pelaburan yang dilihat amat berisiko dalam sesebuah negara yang diurus secara tempang.

Terkini, sebuah badan (mahkamah) di bawah cabang kehakiman telah membuat satu keputusan terhadap kes Liwat 2 yang terang-terangan dilihat sebagai menyebelahi cabang eksekutif. Kes berprofil tinggi ini bukan sahaja diikuti oleh cerdik-pandai dalam negara, tetapi turut diikuti oleh pelbagai pihak luar yang mempunyai kepentingan dua-hala dengan negara ini.

Keputusan Hakim Iyakan Sistem Kehakiman Alat Kerajaan
SHAH ALAM, 17 MEI: Keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang memutuskan Ketua Pembangkang, DatuK Seri Anwar Ibrahim membela diri bersabit tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, “memalukan dan tidak mempunyai kredibliti”.

Pengamal undang- undang yang juga aktivis Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri ketika dihubungi Tv Selangor berkata, keputusan itu adalah tamparan hebat kepada sistem kehakiman di Malaysia sekaligus mengiyakan institusi ini sebagai alat kepada kerajaan pemerintah untuk mengekalkan kuasa./tvs

1 ulasan:

azman kamarul berkata...

paling menyusahkan lagi bila anjing-anjing ini dilatih oleh yahudi.