"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahasiswa bersama rakyat bantah Lynas esok

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 19 Mei: Satu perarakan bagi membantah projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) akan diadakan esok, 20 Mei, jam 2 petang dari KLCC hingga ke kedutaan Australia dan akan menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia.

Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari di laman facebook menyatakan selepas tsunami di Fukushima, Jepun, bulan lalu, rakyat kini lebih menyedari bahayanya bahan radioaktif.

“Kita perlu buat desakan supaya projek loji nadir bumi yang dibina di Gebeng, Kuantan, dihentikan segera,” katanya.

Tambahnya, mahasiswa akan turun bersama rakyat Malaysia Jumaat ini bagi menyatakan bantahan terhadap rancangan yang memudaratkan keselamatan penduduk setempat terutamanya di bandar Kuantan.

Dalam beberapa siri bantahan sebelum ini, aktivis anti-Lynas berjaya menganjurkan acara termasuk dalam bentuk simbolik menyalakan lilin dan persembahan di bandar Kuantan dan pantai Teluk Chempedak.

Sehingga kini, bantahan berkenaan projek tersebut diteruskan termasuk usul di Parlimen, namun kerajaan masih bersikap membisu.

Tiada ulasan: