"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mai kita tengok, siapa yang desak pendedahan Seri Temin?

Tok Non
Tok Non rasa perlu menjelaskan beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh Wan Suhaizi Wan Senu dalam tulisannya yang mempertahankan Dato’ Syed Sobri Syed Hashim, bekas CEO Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd.

Soalan yang menarik ialah mengapa selepas 3 tahun baru PAS ‘menyalak’? Menyalak biasanya digunakan untuk anjing tapi begitulah UMNO mereka sangat suka memberi gelaran buruk terhadap pihak tidak sehaluan, memfitnah dan mengeluarkan kata-kata tidak beradab. 

Semoga Allah memberi taufik hidayah untuk mereka kembali kepada akhlak Islam.

Isu Seri Temin bermula apabila ADUN Pedu Dato’ Seri Mahdzir Khalid bertanya soalan di Sidang Dewan Negeri bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Yang Kedua Belas awal bulan April lalu. Dia bertanya mengenai prestasi beberapa buah syarikat GLC (antaranya Seri Temin). Soalannya dijawab oleh Dato’ Ir Amiruddin Hamzah dengan panjang lebar. 

Mahdzir bangun lagi bertanya soalan tambahan. Kali ini dia menghantar ‘bola tanggong’ kepada Amiruddin. Exco kerajaan negeri itu mengeluarkan dokumen yang disediakan oleh laporan Audit Kerajaan Pusat dan laporan audit dalaman GLC, mendedahkan satu demi satu kepincangan yang berlaku dalam Seri Temin di zaman BN.

Syed Sobrie ‘kepanasan’, dia mengangkat beg meninggalkan Dewan sewaktu isu tersebut hangat dibincangkan. 

Jika UMNO bertanya mengapa pendedahan selepas 3 tahun? Soalan yang patut ditanya ialah mengapa selepas 3 tahun baru Mahdzir Khalid bertanya soalan? Adakah dia sengaja mahu mengenakan Syed Sobri serta pihak-pihak tertentu yang menerima sumbangan politik dari Seri Temin? Hanya Mahdzir yang tahu.

Sebenarnya UMNO tidak perlu susah hati, tidak perlu buat penafian bahawa UMNO memang menerima duit itu, kerana penggunaan RM7.5 juta duit Seri Temin untuk kroni mereka (terutamanya entiti dalam UMNO, bermula dari negeri, bahagian, sayap hingga ke cawangan) bukan satu kesalahan mengikut undang-undang. Ini kerana ia diberi di bawah item ‘sumbangan’. Kesalahannya adalah dari aspek moral iaitu:

1. Mengapa tidak beri sumbangan untuk kebajikan rakyat, golongan miskin dan sebagainya. Mengapa beri dekat UMNO buat program parti termasuk makan angin ke luar negeri, honey moon, sewa hotel persidangan UMNO? Semiskin-miskin PAS, bila berkuasa tak pernah sapu duit negeri tapi UMNO yang dakwa kaya, rupanya kaya dengan menyapu duit negeri atau duit GLC.

2. RM7.5 juta itu disumbangkan kepada pihak yang tidak boleh diberi rebat cukai oleh LHDN (UMNO dll). Akibatnya Seri Temin terpaksa bayar juga cukai dengan mencari sumber kewangan lain. Amalan ini tidak bijak dalam pengurusan korporat dan menunjukkan kelemahan pentadbiran mereka, maka mereka tidak layak diberi kuasa kerana jenis ‘pantang nampak duit’.

3. Di samping menggunakan wang itu untuk politik UMNO, perbelanjaan yang digunakan juga sangatlah mewah misalnya belanja untuk mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap, belanja duit Seri Temin hampir RM100 ribu!!!

4. Duit disumbangkan dengan mewah kepada UMNO, keuntungan syarikat tidak diutamakan, akibatnya Seri Temin rugi pada 2007 dan 2008 (tinggalan BN) dan hanya kembali membuat untung pada 2009 dan 2010 di bawah PAS.

Banyak lagi KESALAHAN dari aspek moral, eloklah pembaca semua senaraikan sendiri…

“JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN”

--------------------------------------------------------------------------------------
Sekali sekala kena baca jugak tulisan Umno Be End

Oleh: Wan Suhaizi Wan Senu a.k.a Aktivis Umno Pekan Naka

utk makluman semua..akhir2 ini kita diriuhkan oleh puak2 munafik pas kononnya adun k.nerang Dato Syed Sobri mantan ceo seri temin STDC tlh menyalahgunakan duit glc utk kegunaan Umno bahagian Pdg Terap. Maka,brgegak gempitalah kaldai2 pas me...nyalak konon2nya Umno mengketedarah duit glc. Tapi pernahkan hgpa trfikir,benarkah dakwaan munafik2 pas itu? Nmpk mcm benar,dgn hujah dn fakta yg dikemukakan,nmpk mcm btl. Hehehe rilek,jgn mudah percaya dgn berita yg disampaikan oleh puak yg selalu mnjadikan ftnh sbg senjata utk menjatuhkan musuh.

Pas sdh memerintah Kedah Darul Ekspo hmpir 3 thn. Prsoalannya skrg,knapa baru skrg pas menyalak kata Dato Syed salahguna duit glc? Knapa tdk menyalak smasa pas baru atau setahun slps pas amik alih Kedah? Pas kn ada akses utk memeriksa akaun smua glc negeri apabila mmegang tampuk pemerintahan negeri. Jd,mmg ada sesuatu yg tdk kena bl pas menyalak selepas 3 thn mentadbir negeri.

Sebenarnya,slps pru 12 dl,pas dilihat cuba meminang Dato Syed Sobri brkali2. Malangnya,pinangan pas itu ditolak mentah2 oleh Dato Syed krn beliau tdk mahubrsekongkol dgn keBODOHan pas menjadi kaldai paria kpd musuh Islam iaitu cauvinis cina dap dn jantan y yg rakus meliwati pemikiran rkyt dgn crita2 bohongdemi mncapai cita2 peribadi jantan y utk mnjadi PM. 

Sudah acap kali kita digembar gembur dgn berita Dato Syed akan melompat keluar dr parti Umno utk msk pas. Namun begitu khabar hnya tinggal angin sj,ftnah kekal sbgpembohongan smata2. Lamaran pas tdk dilayan oleh Dato Syed krn beliau seorg yg setia kpd parti,yg tdk mudah dijualbeli..PAS MMG BODOHKecewa dgn penolakan Dato Syed,pas trpaksa menggunakan senjata bodoh mereka iaitu FITNAH

Maka,tanpa malu dan rasa berdosa,pas mula melancarkan serangan peribadi mengfitnah Dato Syed,individu yg cuba dilamar mereka dl. Pas mengfitnah Dato Syed menggunakan duit stdc utk aktiviti Umno Pdg Terap..PAS MMG BODOH!

Fitnah jahat pas itu sgt2 meragukan,krn skiranya benar ada salahguna duit glc,pasti pas akan mmbuat laporan dn menyalak pd tahun prtama mereka memegang pemerintahan negeri Kedah. Pas spt yg kita ketahui,pasti tdk akan melepaskan peluang utk menghentam Umno skiranya Umno mmpunyai kesilapan. Pas tdk akan peram sampai 3 thn utk menghentam Umno. Ini jelas menunjukkan yg mmg ada sesuatu yg tdk kena dgn tduhan yg dilemparkan kpd Dato Syed.

Ini krn slaku KERAjaan negeri,segala dokumen glc negeri berada dibwh kuasa mereka,x mustahil pas mereka reka bukti akaun stdc yg dikatakan disalahgunakan oleh Dato Syed utk membiayai aktiviti Umno Pdg Terap. Ingat,bl pas berani mengkafirkan musuh politik mereka dgn hujah2 yg direka biarpun mereka sedar tuduhan kafir itu blh brpatah blk kpd mereka,apalah sgt dgn mmbuat ftnah kpd Dato Syed Sobri. 

Situasi semasa mnunjukkn pas Kedah sdh trhimpit akibat KEBODOHAN mereka mentadbir negeri. Pas Kedah sdh smakin kehilangan sokongan drp rakyat Kedah yg sudah muak dgnpembohongan pas selama ini. Jd,bagaikan anjing yg tersepit,pas trpaksa mengambil tndakan yg maha jijik iaitu dgn melancarkan serangan fitnah trhadap Umno yg sdh mndapat kepercayaan drp rakyat Kedah semula.

Jd,sekiranya kalian msh mmpunyai akal fikiran yg dianugerahkan Allah,marilah sama2 kita menolak permainan politik kotor pas ini. Kita bukanlah bodoh utk diperbodohkan dgn taktik bodoh puak2 bodoh yg x segan silu mmperbodohkan diri sndri kpd musuh Islam..PAS MMG BODOH!!!

http://kedahla.blogspot.com/

Tiada ulasan: