Musli Oli
Kami tiba di KKIA sekitar jam 10pm. Saya dimaklum, Menteri KKLW merangkap Naib Presiden, Datuk Shafie Apdal dijangka tiba pada jam 10.30pm. Saya dan Musram Rakunman, jarang sekali sambut pemimpin di airport.
"Kali terakhir saya sambut pemimpin Sabah ialah semasa Tun Mustapha membawa UMNO masuk ke Sabah" kata blogger "Apa Yang Tersirat" itu. "Masa tu airport ni penuh sesak dengan lautan manusia yang inginkan perubahan politik".
Kelihatan kawasan KKIA mula dipenuhi orang ramai. Kebanyakannya pemimpin pemuda UMNO. Disamping itu kelihatan beberapa orang timbalan dan naib ketua UMNO Bahagian. "Dalam ramai-ramai penyokong ini tentu ada tukang lapor" saya bisikkan kepada Musram.
Kerja tukang lapor ialah mencatat nama-nama pemimpin UMNO yang hadir disetiap program Datuk Shafie Apdal dan laporan diserahkan kepada Datuk Musa Aman. Satu kerja bodoh yang ramai juga yang sanggup lakukan sebagai sumber rezeki politik. Sekurang-kurangnya Musa Aman mencipta peluang pekerjaan baru di Sabah!
Tepat jam 11.50pm, Datuk Shafie mula kelihatan bersalam dengan penyokong-penyokong UMNO. Saya jangkakan lebih daripada 100 orang yang hadir. Saya juga bersalam. Satu yang suka dengan Shafie ini, kita tak perlu "cium tangan" sebagai tanda sokongan. Cukup sekadar bersalam dan tanya khabar.
Saya kena bertolak awal pagi jam 7 ke Sandakan, maaflah saya tidak dapat minum dengan tuan-tuan semua. Kata Shafie. "Ramai lagi tunggu Datuk di Sandakan" Saya mencelah. "Mereka mau ikut ke Kinabatangan sekali?" Tanya Shafie. "Sudah tentu Datuk. Tadi pun ramai yang mau datang ke sini tapi saya tidak suruh". Saya berseloroh, disambut gelak ketawa.
Datuk akan rasmi persidangan UMNO bahagian Kinabatangan esok (Khamis). Ramai dikalangan penyokong yang hadir tengah malam ini akan sanggup bersengkang mata tidak tidur dan terus memandu melalui jalan darat ke Sandakan, perjalanan yang mengambil masa 6 jam untuk menyambut Datuk Shafie Apdal di Sandakan keesokkan pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan