"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS mahu dialog dengan SPR Sebelum himpunan Bersih

NONEPAS berhasrat berdialog dan berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlebih dahulu sebelum mengadakan perhimpunan BERSIH kedua pada 9 Julai ini.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pertemuan itu sangat penting bagi memastikan tuntutan gabungan itu dapat dipenuhi.
"Pihak kerajaan perlu faham kenapa rakyat membantah SPR. Dialog dan Pertemuan demi pertemuan yang diadakan membuktikan PAS bukanlah sebuah parti yang suka mencetuskan suasana gawat dengan demonstrasi.

"Tetapi ia jalan keluar bagi memperlihatkan kepada pihak kerajaan betapa seriusnya kemarahan rakyat kepada ketidakadilan sistem yang sedang berjalan kini," katanya.

Tuan Ibrahim bagaimanapun tidak menyatakan tarikh tepat bila pertemuan itu akan diadakan dan butiran terperinci tentang perkara itu.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: