"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bugatti Di Dasar Tasik Berharga £80,000 (RM429,953)

-NSA-
Sebuah kereta Bugatti 'luar biasa' yang telah menghabiskan usianya selama 70 tahun terbenam di dasar sebuah tasik di Switzerland bersedia untuk dijual dengan harga £80,000 (RM429,953).

 
Kereta lumba Bugatti 1925 ini telah ditolak masuk ke Tasik Maggiore oleh seorang pegawai cukai pada tahun 1936 selepas pemiliknya gagal untuk membayar cukai import.

Sejak kereta Bugatti itu berada 160 kaki di bawah permukaan air, hanya sesekali dikunjungi oleh ahli-ahli skuba.

Tetapi kini mereka telah menaikkan semula kereta Bugatti yang akan dibaik pulih di Bonhams… ia kelihatan rapuh pada struktur badannya kami harap ia tidak diketuk dengan kuat.

Pakar-pakar mendakwa yang 20 peratus struktur kereta itu masih dapat diselamatkan - termasuk separuh casis dan kebanyakan kotak-kotak aluminium - ini bermakna ia mungkin dapat menyelamatkan kereta ini dan mengembalikan kepada kegemilangannya.

Ia dijangka boleh dijual pada sekitar harga £80,000(RM429,953) dimana ianya akan disumbangkan ke Damiano Tamagni Foundation, di Ascona.

Seorang jurucakap Bonhams berkata: "Satu daripada lot yang paling luar biasa pernah ditawarkan pada acara lelong - sebuah kereta lumba Bugatti yang berada di dasar tasik Switzerland selama lebih 70 tahun - juga sudah dibaik pulih oleh Retromobile.

"Brescia Bugatti tidak dapat mengelakkan daripada beberapa kerosakan kerana berada teralu lama di dasar tasik.

"Ia turut menunjukkan satu projek pemulihan yang paling menarik."

PD

Tiada ulasan: