"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua pegawai imigresen di JB digantung tugas

NONE
Dua kakitangan Jabatan Imigresen di Johor Bahru digantung tugas ekoran insiden dua wanita warga Singapura mendakwa diarah melakukan ketuk ketampi dalam keadaan bogel ketika dalam tahanan.

Akhbar Straits Times Singapura melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Alias Ahmad berkata dua pegawai digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman oleh panel tujuh anggota.

Panel tersebut yang dianggotai pegawai polis, jabatan penjara dan Jabatan Imigresen, memulakan siasatannya di Johor semalam.

Alias (kanan) berkata panel tersebut mempunyai lima hari untuk mengemukakan laporan kepada Jabatan Imigresen dan mungkin turut memanggil dua wanita Singapura terbabit.

Bagaimanapun, Alias menegaskan bahawa penahanan mereka adalah sah kerana kedua-duanya melanggar undang-undang imigresen Malaysia dan tidak menjalani prosedur mandatori cap jari biometrik.

Sementara itu, Kementerian Luar Singapura berkata dakwaan tersebut adalah serius sambil menyuarakan keprihatinannya terhadap insiden tersebut.

Kementerian itu juga berkata ia akan memantau dengan rapi siasatan yang dilakukan pihak Malaysia itu.

Siasatan dimulakan sejurus selepas tersebarnya dua wanita Singapura itu mengadu kepada pihak media Singapura berhubung layanan terhadap mereka oleh kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: