"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Pesalah' tali pinggang kaledar mengadu pada IGP

NONESeorang pengurus bank, yang ditahan kerana tidak memakai tali pinggang keledar, telah membuat aduan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengenai layanan ke atasnya oleh seorang anggota polis trafik di Melaka.

Hiew Kok Ming, 26, mendakwa beliau telah memberi kerjasama 
kepada anggota polis berkenaan tetapi anggota tersebut 'gagal mengawal emosi dan egonya'.

Berikutan itu, katanya, dia telah dituduh membuat laporan palsu dan ditahan di lokap polis selama tiga hari.

Selepas pengalaman pahit selama tiga hari ditahan di lokap, beliau dibebaskan tanpa syarat dan tanpa jaminan polis.

Pagi ini, dengan diiringi ahli parlimen Segambut, Lim Lip Heng, Hiew 
(kanan) ke ibupejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur untuk menyerahkan surat aduan itu kepada ketua polis negara.

Dalam kejadian pada 28 Mei lalu pada kira-kira jam 9:30, Hiew memandu sebuah kenderaan MPV bersama empat rakan selepas satu sambutan hari jadi di Melaka apabila seorang anggota polis menahan keretanya kerana dia tidak memakai tali pinggang keledar.

Hiew berkata, beliau ditahan kerana membuat anggota polis itu marah kerana tidak menunjukkan kad pengenalannya dengan segera dan kerana mengambil gambarnya, tetapi anggota polis itu pada mulanya menyiasatnya kerana menghalang tugas pegawai kerajaan.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: