"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar Ibrahim tak pernah ke Mekah? Jawapan buat pencacai UMNO...

AnakSgDerhaka
Apabila Najib dan Rosmah telah diberitakan berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah dan Haji maka gegak gempitalah isu ini dimainkan oleh pencacai-pencacai UMNO baik di Blog mahupun FaceBook.
Kononnya bagi mereka tindakan Najib dan Rosmah itu adalah bukti betapa luhur dan sucinya hati Najib sebagai seorang Pemimpin, kononnya lagi bagi mereka ini sebagai bukti bahawa disebalik berita-berita yang disampaikan oleh berbagai media alternative tentang keburukan dan salahlaku Najib, beliau masih berani ke Mekah.Maka dengan itu mereka mula menyindir Anwar Ibrahim, kononnya kata mereka Anwar Ibrahim tak pernah ke Mekah untuk menunaikan Haji.

Antara tohmahan yang dilemparkan ialah: "Bilalah agaknya Anuar Ibrahim hendak menunaikan Rukun Islam Kelima itu ye? London boleh pergi, Bangkok dah macam rumah kedua, takkan belum terbuka hati untuk mengerjakan haji?"
Itulah.. bila mereka hanya berkiblatkan TV3 dan Utusan Malaysia sebagai bahan bacaan, bukan sahaja mereka malah ramai yang tidak tahu bahawa Anwar Ibrahim telah berangkat ke Kota Suci Makkah untuk menunaikan Umrah sebanyak dua kali.

Kali pertama ialah pada sekitar November 2007 dan kali keduanya pula ialah pada June 2008.Ini adalah catatan 14 November 2007
Semalam Di Makkah Al-Mukarammah
Saya bercadang pada mulanya untuk terus ke Makkah, tetapi diminta penganjur menghadiri majlis perasmian Persidangan Dunia mengenai Pos & Teknologi Maklumat oleh Putera Khalid bin Faisal, Gabenor Makkah. Saya diundang Menteri Komunikasi Arab Saudi untuk menyampaikan ucapan dalam sesi pertama esok.

Labbaika Allahum malabbaik – Menuju Makkatul Mukarramah, mengumandangkan kebesaran Tuhan.Seluruh tumpuan kini hanya untuk menyempurnakan umrah, semoga mabrur dan sa’ie masykur.

Semalaman di Masjidil Haram, tawaf mengelilingi kaabah (Baitul ‘atiq), Sa’ie dan beri’tikaf – berdoa dan bermunajat.

Saya kenangkan kupasan sarjana Ali Shariati mengenai dampak ibadah haji dengan pakaian ihram dan juga pengalaman Malcolm X (A Malek As Shabaz) tatkala menunaikan haji.

ANWAR IBRAHIM
Sumbernya dari SINI

Tiada ulasan: