"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mereka terus mewah ketika rakyat bergelut dengan kesusahan.

cheguBard
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiU54NZA_D-NGykJCdjx6WHQ-K0mmEqCIK9Giz6RdlvikUuv_wPL6DMcifXDSrJ11vRWosyPqRmkOtI_6ae7Z6FlCBTwO9pAQVV6Vzhj9j98n3Eh3BehWJWhkHGmemw3oc9h4nzrYttxsg/s1600/ROSMAHCINCIN.gif
Rakyat makin terhimpit dengan kos kehidupan yang makin menggila. Regim penguasa semakin gagal mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan malah dalam pada masa yang sama perbagai cukai diperkenalkan terus menjerut rakyat. rasuah dan pemborosan semakin menggila.


Dalam pada masa yang sama ketika rakyat terus dibayah payah meneruskan kehidupan seharian keluarga pemimpin negara terus bermewah.

Masih tidak mampu menjawab isu cincin RM 24.45 juta yang terkait dengan Rosmah Mansor kini muncul pula anaknya dengan imej begitu juga.

Sebuah akhbar West Australian Newspaper melaporkan ketika keluarga Perdana menteri mengikuti Perdana menteri ke Australia untuk hadiri persidangan bekas negara jajahan British, anak Rosmah telah melaporkan pembelanjaan yang bermewah keterlaluan oleh keluarga Perdana Menteri Malaysia. Ini mungkin tidak dikeluarkan di media negara. maka keratan ini diperturunkan untuk semua membacanya.

Imej boros dan mewah Rosmah kini diikuti anaknya pula. Ini umpama mencurah garam ke luka rakyat.

Tiada ulasan: