"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nik Amar gelabah bila dengar 10 wakil rakyat Kelantan akan masuk AMANAH


Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yakin 10 wakil rakyatnya di negeri ini tidak akan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) yang sedang dalam proses pendaftaran.

Beliau berkata dakwaan untuk melompat parti hanya khabar angin atau gerak saraf daripada pihak lawan.

"Parti itu (Amanah) pun tak ada lagi, sekarang yang ada Parti Pekerja-Pekerja Malaysia. Kita tak pasti Amanah wujud atau tak sebab ia (penubuhannya) melibatkan soal undang-undang dan kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

"Kita kena tengok dulu. Dia (Amanah) kena pastikan ia wujud terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan pengerusi Amanah negeri ini Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang dilapor sebagai berkata 10 wakil rakyat PAS di negeri ini akan menyertai Amanah pada Januari tahun depan.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata beliau yakin 10 wakil rakyat tersebut masih setia dengan PAS dan tidak mudah untuk melompat parti kerana terikat dengan bai'ah dan lafaz taklik cerai talak tiga yang dikenakan PAS kepada semua wakil rakyatnya di Kelantan.

Beliau berkata kesemua mereka yang didakwa terlibat juga tidak perlu dipanggil untuk menjalani siasatan.

"Saya percaya dengan rakan-rakan saya di Kelantan, tak perlu panggil sebab kita kenal semua mereka dan kita tahu mereka akan kekal bersama kita," katanya.
-Bernama-

Tiada ulasan: