Bekas pemimpin Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan telah ditangkap malam ini.
Peguamnya, Matthias Chang memberitahu Malaysiakini bahawa Khairuddin telah dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi dan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
"Polis tidak menyoal siasatnya dan akan menahannya semalaman. Mereka akan memfailkan permohonan reman pagi esok pada pukul 9.30 pagi dengan majistret Dang Wangi," kata Chang (gambar).
Isteri Khairuddin, pelakon Umie Aida memberitahu Malaysiakini bahawa Khairuddin ditangkap di rumah mereka pada pukul 7.30 malam.
"Segala yang berlaku ada hikmahnya, yakin pada Allah, Insya-Allah," katanya.
Difahamkan Khairuddin ditangkap oleh para pegawai dari Bukit Aman.
Awal hari ini bekas timbalan ketua Umno bahagian Batu Kawan itu mendapati dia dan Chang telah dilarang daripada meninggalkan negara ini.
Dia sepatutnya pergi ke Bukit Aman pada hari Isnin untuk disoal siasat berhubung dokumen yang dikemukakan kepada pihak berkuasa Switzerland berkaitan skandal 1MDB.
Selain daripada Switzerland, Khairuddin ju
ga telah membuat laporan mengenai 1MDB di London, Singapura dan Hong Kong.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah berulang kali menafikan menyalahguna dana 1MDB untuk kepentingan peribadi dan berikrar untuk menyelesaikan kemelut 1MDB tidak lama lagi.
Najib dan beberapa yang lain telah mendakwa wujud konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri dan kerajaan.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan