"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Puak jahilliah pentaksub bangsa bakar patung pemimpin DAP (video)

Ketua Umno Kota Bharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh enggan mengulas kontroversi sebuah majlis pembakaran patung pemimpin DAP berbaju BERSIH di Kota Bharu semalam.

“Saya tak mahu komenlah Malaysiakini. Nanti dia pusing cerita, cakap lain keluar tajuk lain.
“Selalu Malaysiakini macam itu, selalu kawan-kawan saya kena. Malaysiakini suka tajuk yang provokatif sikit.

"Tak nak komen,” katanya ketika dihubungi.

Beliau bagaimanapun mengakui berada dalam majlis yang dikatakan berlaku semalam itu.

“Ya, saya memang berada di situ, dalam majlis itu. Tetapi bukan saya yang bakar.

"Takkanlah saya nak bakar,” katanya yang juga bekas setiausaha politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Di Internet, tersebar video bagaimana dua pemimpin DAP berbaju BERSIH menjadi kemarahan sekumpulan penyokong perhimpunan kontroversi 16 September ini di Kuala Lumpur.

Dalam sebuah video dimuat naik ke YouTube, patung dengan wajah mirip Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin popularnya Lim Kit Siang dibakar hingga rentung.

Dalam acara itu juga, kelihatan tempat sembahyang orang mati Cina disedia dan dihias dengan gambar dua pemimpin itu.

Ia sebelum itu menyaksikan ucapan seorang lelaki, yang dilaporkan sebagai Fatmi, mengecam keras BERSIH sebagai “celaka”, “durjana” dan “jahanam” yang hendak memecahkan orang Melayu.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: