"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Johor tak terima golongan rasis, tangkap mereka, titah Sultan

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, pihak berkuasa Johor digesa menangkap sesiapa sahaja yang terlibat menghasut rakyat Johor untuk bersifat perkauman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 September, 2015.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, pihak berkuasa Johor digesa menangkap sesiapa sahaja yang terlibat menghasut rakyat Johor untuk bersifat perkauman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 September, 2015.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan hari ini, pihaknya tidak menerima sebarang amalan bersifat perkauman dan negeri Johor tidak memberi ruang kepada sebarang isu dan sikap perkauman.
Malah, titah baginda, pihak berkuasa negeri itu digesa menangkap sesiapa sahaja yang terlibat menghasut rakyat Johor untuk bertindak sedemikian.

"Mereka yang membenci dan mengamalkan perkauman tidak pernah saya terima di Johor Darul Ta’zim dan tidak mungkin saya menerima mereka.

"Kepada pihak berkuasa, berkas mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mempromosikan perkauman.

"Jangan pilih kasih, cari jalan penyelesaiannya ke akar umbi,” titah Sultan Johor itu di laman Facebook rasmi baginda.

Malah, Sultan Ibrahim menerusi laman sosial itu turut menasihatkan individu yang mengamalkan sikap perkauman supaya keluar dari negeri itu serta-merta.

"Ini kerana, Johor adalah rumah kepada Bangsa Johor yang terdiri dari Orang Melayu, kaum Cina dan kaum India.

"Ini adalah satu perintah. Jangan amalkan sikap perkauman dan membenci, atau lebih baik tinggalkan Johor," titahnya.

Jelas baginda, pihaknya bertungkus-lumus demi untuk kepentingan Bangsa Johor dan Negeri Johor, dan memastikan semua rakyat negeri itu hidup dalam harmoni serta negeri semakin maju.

"Mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mengamal sikap perkauman akan berhadapan dengan tindakan tegas."
-malaysianinsider-

1 ulasan:

Abdul Said berkata...

Semoga Tuanku dan keluarga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah S.w.t. didunia dan diakhirat!!