"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Buah dada lelaki membesar akibat makanan segera (Gambar)


Remaja lelaki yang baru berusia 19 tahun itu tidak dapat menerima perubahan fizikal yang berlaku pada dirinya sejak 6 tahun lalu kerana dadanya semakin hari semakin membesar.

Dia bingung dan runsing kerana merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku pada dirinya, berfikir mungkin berdepan masalah kesihatan yang membahayakan.

Pada satu masa, remaja lelaki bernama Xiao Yang tidak dapat keluar rumah kerana tumbesaran salah satu buah dadanya menyerupai seperti buah dada wanita.

“Saya menjadi bahan ejekan kawan di sekolah, lebih lagi apabila terpaksa membuka baju semasa mandi di kolam renang,” ujar Yang.

Perubahan itu berlaku sejak usianya menginjak 13 tahun tetapi hanya berlaku pada buah dada sebelah kanan.

Dia dibawa ke hospital oleh ibu bapanya untuk pemeriksaan, namun pihak hospital gagal menemui jawapan mahupun penyelesaian.

Selepas mendapatkan pemeriksaan di beberapa hospital lain, akhirnya sekumpulan doktor di Hospital Pusat Wenzhou bertekad melakukan pembedahan mengecilkan saiz sebelah buah dada remaja lelaki itu.

Mereka menyifatkannya sebagai masalah ketidakseimbangan hormon.

Bagaimanapun, selepas kajian mendalam, pakar perubatan, Dr. Pan Zhongliang membongkar masalah di sebalik tumbesaran yang dialami Yang.

Rawatan B-scan ultrasonography, mendedahkan kelenjar susu pada buah dada Yang membesar dan saiznya menjadi tidak normal bagi seorang lelaki.

Zhongliang berkata, ketidakseimbangan hormon itu dikenali sebagai ginekomastia iaitu perkembangan kelenjar susu berlebihan pada lelaki yang dipengaruhi hormon.

Dia mengharungi pembedahan mastectomy untuk mengecilkan buah dada dan menjadikan ia sama saiz dengan buah dada di sebelah kiri membentuk buah dada baharu yang normal.

Bagaimanapun, kajian saintifik Zhongliang, mendedahkan ginekomastia berpunca daripada amalan memakan makanan segera dan makanan proses yang dicampur dengan bahan kimia tertentu.

“Saya percaya, tabiat mengambil makanan segera menyumbang faktor utama terhadap masalah ginekomastia terhadap golongan lelaki,” jelas Zhongliang petik Daily Mail.
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: