"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Tak patut bawa penghulu jumpa Najib naik pesawat tentera’ (Gambar)


PKR Sarawak membantah tindakan membawa penghulu atau ketua kampung ke ibu neagara untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan menggunakan pesawat tentera.

Mengulas beberapa gambar penerbangan itu yang disebarkan di media sosial, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata beliau "terkejut" dengan jenis pengangkutan yang digunakan.

"Saya benar-benar kesian (pengundi) penghulu terpaksa diangkut sedemikian, pesawat tentera mengambil masa beberapa jam untuk tiba di Kuala Lumpur dan kerusinya tidak selesa.

"Jika benar bahawa pesawat tentera digunakan, ini adalah penyalahgunaan kuasa.

"Kamu tidak boleh menggunakan peralatan tentera untuk kepentingan politik... ini tindakan politik untuk mempengaruhi ketua-ketua kampung untuk mengundi BN, dan mereka sendiri dipergunakan untuk memastikan rakyat Sarawak memilih BN," katanya ketika dihubungi hari ini.

Usaha sedang dilakukan untuk mendapatkan ulasan perdana menteri dan pejabatnya.

Gambar beberapa orang awam menaiki pesawat yang kelihatan seperti Airbus A400M Atlas tersebar di media sosial sejak semalam.

Adalah difahamkan angkatan tentera mempunyai empat pesawat sedemikian.
-malaysiakini 

Tiada ulasan: