Dr Ong Kian Ming berkata walaupun Pakatan Harapan hanya mampu memenangi 35 daripada 56 kerusi, ia masih boleh membentuk kerajaan di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 September 2017.
PAS tidak boleh menghalang Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan seterusnya di Selangor walaupun di bawah senario paling pesimis, kata Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming.
Dalam analisis terakhirnya mengenai "Pertempuran untuk Selangor" dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Ong meramalkan tiga senario termasuk yang paling buruk.
Menurutnya, walaupun PH hanya memenangi 35 daripada 56 kerusi, ia masih boleh membentuk kerajaan di Selangor. PH kini mempunyai 44 kerusi, termasuk 13 kerusi PAS.
Beliau menjangkakan sokongan Melayu terhadap PAS pada pilihan raya akan datang menurun antara 15% hingga 25% manakala sokongan bukan Melayu akan menjunam sebanyak 80% di kalangan orang Cina, 60% di kalangan kaum India dan 50% bagi pengundi lain.
Di kerusi yang ditandingi DAP dan PKR, Ong berkata PAS kemungkinan akan berjaya menawan di antara 25% hingga 15% undi Melayu manakala sokongan bukan Melayu kira-kira 1%.
"Perlu diingat sokongan Melayu kepada PAS di Pilihan Raya Kecil Sungai Besar menurun sebanyak 10% daripada 40% kepada 30%. Memandangkan kemasukan Bersatu dalam PH, pengukuhan pimpinan PH dan putusnya hubungan antara PAS dan PKR, tidak realistik untuk berfikir yang sokongan Melayu kepada PAS akan terus menurun pada PRU14," kata Ong. – 29 September, 2017.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan