"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lahir anak dalam kereta sorong

 Agensi

TANGKAP layar video tular menunjukkan wanita terbabit melahirkan bayi di dalam kereta sorong.

TANGKAP layar video tular menunjukkan wanita terbabit melahirkan bayi di dalam kereta sorong.

New Delhi: Seorang wanita terpaksa bersalin di dalam kereta sorong di tepi jalan dekat Uttar Pradesh, India selepas ambulans gagal sampai ke lokasi tepat pada masanya.

Independent UK melaporkan, keluarga wanita itu menghubungi ambulans ketika dia mahu bersalin, pada malam Selasa.

Walaupun menunggu selama sejam, ambulans tidak tiba di rumah kampung mereka di Ramwapur di daerah Basti.

Menurut ibu mentuanya, Sona Devi, keluarga itu menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan ambulans dari pusat kesihatan masyarakat.

Memandangkan ambulans gagal melepasi perjalanan 15 kilometer (km) dalam masa satu jam, keluarga sekali lagi menghubungi penyedia perkhidmatan, lapor akhbar tempatan, Dainik Bhaskar.

Ketika keadaan wanita itu semakin teruk, keluarganya membawanya ke jalan utama untuk menunggu ambulans.

Kemudian, kereta sorong dibawa dari kampung untuk membawanya ke hospital.

Sebuah video yang dikongsi di media sosial menunjukkan wanita itu duduk di dalam kereta sorong itu dan mengendong anak lelakinya yang baru dilahirkan.

Dia kemudian dimasukkan ke pusat kesihatan masyarakat di bandar Kaptanganj.

"Rawatan bermula sejurus selepas dimasukkan ke hospital. Ibu dan anak selamat," katanya.

Maklumat itu disampaikan kepada pegawai yang lebih tinggi.

Kedua-dua ibu dan anak dibenarkan pulang pada Rabu selepas rawatan, menurut seorang pegawai.

-hmetro 

Tiada ulasan: