"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tular Adun serbu premis perjudian, polis bertindak segera

Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

am@hmetro.com.my

TANGKAP layar video tular di media sosial. Foto Tular

TANGKAP layar video tular di media sosial. Foto Tular

Parit Buntar: Polis membuat dua serbuan ke dua premis di Tanjung Piandang yang dipercayai menjalankan aktiviti judi atas talian dan menahan tiga lelaki, semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mazuki Mat berkata, kesemua yang ditahan berusia 21 hingga 32 tahun yang juga pekerja premis.

"Susulan video tular yang memaparkan wujudnya aktiviti itu, sepasukan anggota membuat serbuan di dua premis di kawasan Tanjung Piandang dan hasilnya tiga lelaki dipercayai pekerja premis ditahan.

"Suspek bersama barangan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian untuk disoal siasat dan mereka yang ditahan direman sehari sehingga hari ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, bermula Januari tahun lalu sehingga kini sebanyak 351 serbuan dibuat dan daripada jumlah itu sebanyak 80 serbuan dibuat di kawasan Tanjung Piandang manakala premis yang sama sudah diserbu empat kali sejak tahun lalu.

"Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.

Katyanya, polis memandang serius perkara ini dan orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis atau terus di talian Hotline Polis Daerah Kerian di talian 05-7212222.

Terdahulu, tular beberapa pautan video di platform media sosial apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Hasnul Zulkanain Munaim bertindak menyerbu dua premis di kawasan pekan Titi Serong dan Bagan Tiang yang dipercayai menjalankan aktiviti judi atas talian.

Dalam video berkenaan beliau kelihatan tegas dan kecewa dengan aktiviti berkenaan serta meminta pekerja premis berkenaan supaya segera menghentikan operasi.

Beliau turut menegaskan akan membuat laporan polis berhubung aktiviti itu.

Tiada ulasan: