MOHD ALI HASHIM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat pandai bersilat dan mematikan langkah serta gerak-geri Bersatu yang mengugut menarik kembali sokongan, PRU15 akan diadakan.
Parti Bersatu yang mengepalai Perikatan Nasional (PN) menunjukkan rasa marah Ismail kerana mungkir janji untuk melantik Timbalan Perdana Menteri (TPM) daripada Bersatu.
Ahli Parimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, Ismail Sabri bijak bersilat dan mematikan langkah dan gerak-geri Bersatu.
“Tidak dapat dinafikan sekiranya PRU ke-15 diadakan segera kerana ugutan dan tindakan. Bersatu yang menarik sokongan maka Bersatu akan menerima beberapa kesan secara langsung.
“Rakyat akan marah dan Bersatu dilihat melanggar amanat Yang Dipertuan Agong supaya wujudnya kestabilan politik dan ia akan. membawa kepada kemurkaan pihak Istana.
“Tidak mustahil pimpinan Umno seperti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak daripada kluster mahkamah yang dimusuhi Bersatu akan mendapat untung dan laba, ” ujar beliau dalam kenyataan hari ini.
Tegas Hassan lagi, bidalan Melayu’ kata dulang paku serpih, kata orang aku yang lebih’ tidak harus dilupakan kerana dulu ada janji PH di mana Bersatu menganggotainya berjanji Tun Dr Mahathir Mohamad adalah PM selama dua tahun sahaja dan diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas itu.
Namun begitu kata beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin tatkala itu berusaha menggagalkan perjanjian tersebut dan akhirnya melalui pengkhianatan ‘ langkah Sheraton’ Mahiaddin pula menjadi PM ke-8 dan bukannya Anwar Ibrahim.
Tambahnya, begitu juga dengan Datuk Seri Azmin Ali semasa PH berkuasa dan Mahathir sebagai PM ke-7 berusaha keras menggagalkan Anwar untuk menggantikan Mahathir dan akhirnya melalui ‘langkah Sheraton’ kerajaan PH tumbang dan janji kepada Anwar dikhianati.
Sehubungan itu, apakah moralnya yang ada pada Mahiaddin, Azmin dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin menuntut supaya Ismail Sabri menunaikan janji, sedangkan tiga serangkai pimpinan Bersatu tersebut pernah memungkiri janji mereka kepada Anwar serta juga memungkiri parti dalam PH termasuklah rakyat yang menyokong PH dalam. PRU ke-14 yang lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan