"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kantoi !! Kononnya dirogol ...

Izz Laily Hussein

am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Tindakan seorang wanita membuat laporan palsu mendakwa dirinya dirogol mengundang padah apabila dia ditahan, di sini, petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, wanita berusia 23 tahun itu ditahan polis kira-kira 4 petang tadi selepas disyaki memberikan maklumat palsu ketika hadir membuat laporan polis semalam.

"Selepas membuat laporan polis malam tadi (semalam), siasatan lanjut dibuat polis hari ini dengan membawa dia ke hospital bagi menjalankan pemeriksaan, selain ke lokasi kejadian yang didakwa serta menyiasat lelaki didakwa merogolnya.

"Lelaki berusia 21 tahun itu tidak mengaku dia ada merogol wanita itu, sebaliknya memaklumkan mereka melakukan hubungan intim secara suka sama suka.

"Selepas didesak, akhirnya wanita itu mengaku laporan polis dibuat adalah palsu dan alasannya, lelaki itu mahu melakukan hubungan intim lagi, tetapi dia tidak mahu, jadi dia ambil keputusan membuat laporan polis mendakwa dirogol," katanya ketika dihubungi, hari ini

Beliau berkata, siasatan awal, pihaknya menilai tiada unsur kejadian rogol, selain tiada insiden paksaan atau tanpa kerelaan yang dikesan.

Katanya, suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu kepada polis.

Tiada ulasan: