"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita buat kandungan lucah hubungan isteri mohon maaf

Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my
FAHAMAN didakwa menyimpang daripada syarak berkaitan perhubungan suami isteri menggunakan platform Telegram.
LAPORAN terdahulu Harian Metro
Kuala Lumpur: Seorang wanita yang juga pentadbir sebuah kumpulan Telegram tampil membuat permohonan maaf menerusi akaun Facebook (FB) berikutan kandungan yang dihasilkannya mengandungi unsur lucah serta bersifat keterlaluan.

Wanita itu juga dipercayai bertanggungjawab mewujudkan dua kumpulan Telegram berkaitan hubungan suami isteri mengemukakan permohonan maaf selepas mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.

"Saya pemilih bagi FB ini, memohon jutaan maaf atas kesilapan juga kekhilafan daripada pandangan saya yang menimbulkan kericuhan (kekecohan) dan ketidaknyamanan (tidak harmoni) antara kita.

"Apa yang berlaku itu adalah suatu pengajaran dan pertanggungjawab ke atas diri saya. Apa yang saya lontarkan sama ada dalam FB mahupun kumpulan (grup) adalah pendapat serta pandangan saya sendiri yang tidak bersangkut paut dengan madrasah atau mana-mana guru saya.

"Semoga permohonan maaf ini dapat menjernihkan tanggapan dan suasana tidak kondusif antara warga medsos (media sosial) kebelakangan ini.

"Kepada Allah saya memohon ampun, pada Rasulullah saya mengharap syafaat, kepala kalian saya memohon maaf," tulis wanita berkenaan menerusi satu hantaran.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar turut mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan kandungan berkenaan.

Tiada ulasan: